Tidak semua orang dikurniakan dengan kulit yang sempurna dan mulus.
Ramai wanita merasa tidak bertuah kerana mempunyai cela di wajah seperti
bintik hitam dan masalah muka paling teruk adalah jerawat. Jerawat
terjadi akibat keradangan kulit yang kronik sehingga menyebabkan liang
pori dipenuhi sebum.
Kebanyakan orang yang menghadapi masalah jerawat malu untuk keluar rumah
dan berhadapan dengan orang ramai kerana jerawat sememangnya membuatkan
kita hilang keyakinan diri. Jerawat bukan sahaja terhasil akibat
hormon, umur mahupun makanan berminyak atau coklat.
Bagaimana jerawat terbentuk?
Jerawat selalunya terjadi disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam
pori yang tersumbat. Pori menjadi tersumbat kerana kelenjar sebum
menghasilkan minyak yang berlebihan dari biasa.
Bagaimana ia boleh berlaku?
Masalah jerawat biasanya dihadapi pada peringkat remaja kerana paras
hormon di dalam badan meningkatkan penghasilan sebum. Apabila sebum
terlalu banyak dan bergabung dengan sel kulit mati, ia akan menghalang
dan menutup liang roma.
Jika sebum itu terperangkap separuh, bintik hitam akan muncul. Jika
sebum tersebut terperangkap sepenuhnya, bintik putih pula akan terjadi.
Bintik hitam tersebut menjadi hitam disebabkan pengoksidaan apabila
terdedah kepada udara yang kotor. Bakteria membiak dalam pori yang
tersumbat yang menyebabkan jerawat timbul. Jika jerawat tidak dirawat
dengan betul, ia boleh meninggalkan parut.
Bagaimana ingin mencegah daripada kulit berjerawat?
1) Cuci muka anda setiapa hari dengan pencuci muka antibakteria. Jika
anda mempunyai kulit yang sensitif, gunakan pencuci muka yang ringan
2) Sapukan produk rawatan jerawat anda di seluruh muka dan bukannya di tempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.
3) Gunakan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori anda dari kekotoran.
4) Gunakan alat solek atau produk penjagaan muka non-comedogenic agar tidak berlaku iritasi pada kulit.
5) Rujuk kepada pakar dermatologi cara untuk membuang bintik hitam tanpa meninggalkan parut.
6) Elakkan daripada menyentuh muka dengan tangan kerana tangan merupakan
anggota badan yang mempunyai banyak bakteria. Jika ingin menyentuh
muka, pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu.
7) Sentiasa basuh sarung bantal anda dan gunakan tuala muka yang menggunakan fabrik yang mampu menghapuskan bakteria dan kuman.
8) Jangan picit jerawat anda kerana ia boleh meninggalkan parut.
Sumber artikel : Yahoo News