Tuesday, August 13, 2013

Tentang Jerawat

Tidak semua orang dikurniakan dengan kulit yang sempurna dan mulus. Ramai wanita merasa tidak bertuah kerana mempunyai cela di wajah seperti bintik hitam dan masalah muka paling teruk adalah jerawat. Jerawat terjadi akibat keradangan kulit yang kronik sehingga menyebabkan liang pori dipenuhi sebum.

Kebanyakan orang yang menghadapi masalah jerawat malu untuk keluar rumah dan berhadapan dengan orang ramai kerana jerawat sememangnya membuatkan kita hilang keyakinan diri. Jerawat bukan sahaja terhasil akibat hormon, umur mahupun makanan berminyak atau coklat.




Bagaimana jerawat terbentuk?
Jerawat selalunya terjadi disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam pori yang tersumbat. Pori menjadi tersumbat kerana kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan dari biasa.

Bagaimana ia boleh berlaku?
Masalah jerawat biasanya dihadapi pada peringkat remaja kerana paras hormon di dalam badan meningkatkan penghasilan sebum. Apabila sebum terlalu banyak dan bergabung dengan sel kulit mati, ia akan menghalang dan menutup liang roma.

Jika sebum itu terperangkap separuh, bintik hitam akan muncul. Jika sebum tersebut terperangkap sepenuhnya, bintik putih pula akan terjadi. Bintik hitam tersebut menjadi hitam disebabkan pengoksidaan apabila terdedah kepada udara yang kotor. Bakteria membiak dalam pori yang tersumbat yang menyebabkan jerawat timbul. Jika jerawat tidak dirawat dengan betul, ia boleh meninggalkan parut.

Bagaimana ingin mencegah daripada kulit berjerawat?
1) Cuci muka anda setiapa hari dengan pencuci muka antibakteria. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, gunakan pencuci muka yang ringan
2) Sapukan produk rawatan jerawat anda di seluruh muka dan bukannya di tempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.
3) Gunakan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori anda dari kekotoran.
4) Gunakan alat solek atau produk penjagaan muka non-comedogenic agar tidak berlaku iritasi pada kulit.
5) Rujuk kepada pakar dermatologi cara untuk membuang bintik hitam tanpa meninggalkan parut.
6) Elakkan daripada menyentuh muka dengan tangan kerana tangan merupakan anggota badan yang mempunyai banyak bakteria. Jika ingin menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu.
7) Sentiasa basuh sarung bantal anda dan gunakan tuala muka yang menggunakan fabrik yang mampu menghapuskan bakteria dan kuman.
8) Jangan picit jerawat anda kerana ia boleh meninggalkan parut.

Sumber artikel : Yahoo News
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Wednesday, July 24, 2013

Kelebihan OmegaGuard Shaklee


Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandungan DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

sumber Omega-3



Kelebihan Omega 3 dalam OmegaGuard

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Manfaat Omega 3 Dalam OmegaGuard

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus.


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Set Penurunan Berat Badan Shaklee

KURUSSSS...
Sape yg tak nak kurus kan??
Dalam shaklee, utk kurus perlu fokus pada 3  + 1 elemen:

1. Detox - alfafa / herblax
2. Pecahkan lemak - lechitin / omega
3. Bina otot - protein - cinch /ESP / Mealshake
4. Tingkatkan metabolisma - Cinch tea (semakin umur meningkat, semakin rendah metabolisma..jadi.. highly recommended untuk yang berumur 25 tahun ke atas. kenapa perlu boost metabolisma? untuk bakar lebih banyak lemak dan kalori~~)



Bila nak turunkan berat,
+ ukur dada, pinggang, punggung.
+ rekod ukuran dalam 1 buku
+ ulang ukur setiap 4 hari
+ mesti positif, sebab bila berat tak turun, tak semestinya tak kurus, sebab mungkin otot terbentuk untuk shape up / kuantiti air bertambah

Berat air sementara + bila shape up, otot mmg lebih berat dari lemak.



> fokus pada shape dan ukuran

GET THE SHAPE FIRST, THEN LOST THE WEIGHT! :)

Digalakkan add on GLA utk individu yang naik berat badan sbb hormon tak stabil selalunya kita boleh nampak bila period tak teratur, bahagian bawah (punggung ke bawah) yang lebih besar dan tak seimbang dengan bahagian atas tubuh.


All the best! :)



Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Tuesday, July 23, 2013

Omega-3 Bakar Lemak?

Wah..btol ke ni? Selama ni duk ingat minyak ikan untuk otak je.. nampaknya Lecithin ada persaingan hehe Jangan risau, Lecithin memang berkesan so does Omega but the difference between them is the price and effectiveness ..well of course the one with extra cost work better but doesn't mean the cheaper one isn't good. Terpulang pada kemampuan masing2 ye..


Dalam minyak ikan ada OMEGA fatty acid yang mengandungi DHA dan EPA

Ye ke omega ni buleh bakar lemak?
''Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them.'' http://www.livestrong.com/article/276633-omega-3-fats-weight-loss/

Macam mana fatty acid boleh bakar lemak?

  • Lemak Omega-3 membantu badan kita bertindak balas dengan lebih baik kepada hormon yang dipanggil Leptin (Leptin ialah perkataan Greek bermaksud kurus)
  • Leptin akan memberitahu badan supaya menahan rasa lapar dan membuatkan anda kurang berselera jadi anda boleh turunkan atau kekalkan berat badan.
  • Leptin meningkatkan metabolisma dengan meningkatkan pengeluaran tiroid (tiroid bertindak mengawal selia metabolisma)
  • Leptin juga menyebabkan badan kita membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga

Tetapi jika badan anda tidak bertindak balas dengan Leptin, maka sebaliknya akan terjadi, anda akan terasa lebih lapar, dan badan juga akan menyimpan lemak. Jadi anda boleh mengambil lemak Omega-3 untuk membantu badan anda bertindak balas dengan lebih berkesan terhadap Leptin untuk meningkatkan metabolisma membakar lemak!

Lemak Omega-3 boleh didapati dari ikan salmon, flaxseeds, suplimen omega 3 dan lain-lain sumber makanan.



3 cara lemak Omega-3 membantu anda menurunkan berat badan:

  1. Lemak omega-3 membantu anda mengawal rasa lapar dengan mengawal paras gula dalam darah
  2. Kajian di Australia menunjukkan apabila seseorang mengambil Omega-3 sewaktu senaman akan membakar lebih lemak dari orang yang hanya bersenam tanpa mengambil Omega-3.
  3. Kajian di Jepun dan Republik Czech mencadangkan bahawa Omega-3 menghalang pembentukan lemak hodoh dan kajian yang sama menunjukkan lebih lemak dibakar.
http://www.nowloss.com/good-fats-that-burn-fat-help-you-lose-weight.htm


''A 2001 study published in the May 2002 edition of "Obesity Research" discovered that rats fed fish oil gained less weight than rats fed soybean oil. Furthermore, a 2004 study published in "Lipids" confirms the link between weight loss and fish oil as rats with an omega-3 rich diet exhibited reduced levels of fat and leptin. Leptin is a hormone which regulates the appetite and is generally lower in individuals with low body fat content. The 2004 study in "Lipids" concludes that DHA fat oil reduces the accumulation of body fat by restricting the hypertrophy and hyperplasia of fat cells. "Mosby's Medical Dictionary" explains that hypertrophy and hyperplasia refers to an enlargement of cells and an increase in cell production, respectively.''

Kenapa OmegaGuard Shaklee lebih baik dari omega-3 di pasaran?






Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Monday, July 22, 2013

Resepi ESP dan Performance Drink

Dah ada set ESP dan Performance Drink  tapi rasa nak umpphkan lagi shake2? Jom try resepi ni!

ESP CREMO STRAWBERRY LASSI

2 sudu makan ESP
3 biskut Cremo yang dihancurkan
1 gelas Lassi berperisa Strawberry
1/3 cawan air

- Shake kuat kuat. Sedia untuk diminum!
- Pastikan lassi dan air dalam keadaan sejuk untuk rasa yang segar





ESP & PD Mango Nata de Coco


 2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 gelas jus Mangga Peel Fresh
1/3 cawan air
3 sudu makan Nata de Coco

- Shake kuat-kuat.
- Mangga kalau nak blend sendiri lagi terbaik.




ESP & PD Kurma Ice Blended

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
3 biji kurma dibuang biji
1 cawan susu
1/2 cawan air
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nak rasa creamy, tak perlu bubuh air


ESP & PD Walnut Chocolate Ice Blended

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
2 sudu walnut yang dibakar
1 1/2 cawan susu
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nk tukar dengan badam, kacang tanah, pistachio pun boleh






ESP VICO Shake with Mixed Nuts

2 sudu makan ESP
2 sudu makan Vico
1 sudu badam dibakar dan dihancurkan
1 sudu kacang hazelnut dibakar dan dihancurkan
1/2 sudu walnut dibakar dan dihancurkan
1 cawan susu

- Shake kuat-kuat




ESP & PD Banana with Vanilla Ice Cream



2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 biji pisang yang dah masak
1 cawan susu
2 sudu makan Vanilla Ice Cream
1/2 gelas ais

-Blend sampai hancur







pssttt.... kalau ada mealshakes campurkan je satu sudu dalam smoothie~ rasa vanilla macam aiskrim nyum2!

resepi credit to Salwa Salleh
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Friday, July 19, 2013

Makanan Awet Muda


Siapa taknak awet muda kan? Sekarang ni macam-macam cara orang sanggup buat untuk nampak muda, dari guna petua orang tua-tua, petua pelik-pelik sampailah sanggup ambil jalan singkat cucuk sana-sini, operate sana-sini semata nak nampak muda. hish.. tu kira melanggar hukum alam dah tu.. isk3.. 


Nak awet muda pun bukan bermakna nak jadi muda selamanya.. awet muda ni maksudnya kita 'muda'kan kembali dalaman kita yang 'tua' disebabkan pencemaran macam-macam sekarang ni. Betul tak? haa bila dalaman 'muda', luaran nampak sihat, kita pun bertenaga nak buat kerja, nak beribadah kan? Sila setuju. hehe

Ok jom kita tengok beberapa jenis makanan yang bantu kita sihat dari dalam, awet muda di luar~ 

#15 Delima

Buah delima penuh dengan antioksidan polifenol, ia membantu melawan radikal bebas. Dan seperti warna merah buah delima, ia membantu mengawal aliran darah dan memberikan warna kulit yang cantik. Segelas jus delima akan memberi manfaat ini tetapi ia juga boleh disapu untuk membantu menghilangkan garisan halus dan memberikan kulit yang lembap.



#14 Lada

Lada hijau dan kuning boleh membantu mencegah kedutan dan garisan penuaan. Kajian telah menunjukkan bahawa karotenoid yang terdapat dalam lada kuning dan oren boleh mengurangkan sensitiviti kulit dari sinaran matahari. 



#13 Biji bunga matahari

Biji bunga matahari kaya dengan vitamin E. Ia boleh membuatkan kulit anda kelihatan berseri, walaupun selepas berjemur dibawah cahaya matahari. 

psst.. GLA mengandungi ekstrak bunga matahari~ sebab tu pengamalnya kulit cantik :D



#12 Kacang merah

Kacang merah kaya dengan zink. Dalam kajian baru-baru ini, terdapat hubungan antara tahap zink yang rendah dan masalah kulit seperti jerawat. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa zink lebih berkesan merawat jerawat daripada antibiotik 



#11 Oatmeal

Oatmeal mengambil masa untuk dihadamkan, jadi ia membantu mengawal paras gula dalam darah dan menghalang badan anda daripada meningkatkan tahap androgennya - hormon yang menyumbang kepada kedutan. Oat juga ialah agen penyembuhan untuk kulit. Untuk hasil yang terbaik, makan 'steel-cut' oatmeal yang memberikan semua vitamin yang biasanya tiada daripada 'instant' oatmeal.

p/s: jom buat masker ESP+oatmeal. parut hilang kulit cantik! 



#10 Tomato

Tomato kaya dengan lycopene, ia mengurangkan risiko 'sunburn' dan membantu kulit menghasilkan lebih banyak kolagen. Memakan tomato juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. 



#9 Salad Romaine

Dengan hanya memakan enam keping daun salad Romaine, anda mendapat lebih keperluan harian vitamin A anda. Ini meningkatkan penggantian sel dan memberikan kulit lebih oksigen. 


#8 Strawberi

Secawan strawberi mempunyai kira-kira 130% daripada keperluan Vitamin C harian anda. Ini meningkatkan pengeluaran kolagen untuk kulit yang lebih licin, mengurangkan garis-garis halus dan menyelesaikan masalah kulit kering. Kajian menunjukkan bahawa ia juga boleh membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser


#7 Epal

Epal mengandungi banyak antioksidan termasuk quercetin yang boleh didapati di kulitnya. Ia memberikan perlindungan daripada sinaran matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit. Dengan makan hanya dua epal setiap minggu, anda juga boleh mengurangkan risiko kematian daripada penyakit jantung sebanyak kira-kira 15% dalam hanya satu tahun.


#6 Soya

Soya membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan kerana antioksidan yang terdapat dalam soya meningkatkan keanjalan kulit.


#5 Telur

Telur adalah makanan yang kaya dengan protein yang memberikan antioksidan yang kuat. Antioksidan yang terdapat dalam telur memberikan kulit anda 4 kali ganda perlindungan terhadap kerosakan UV. 


#4 Badam

Dengan makan kira-kira segenggam badam setiap hari, anda memberi badan anda lebih vitamin E, antioksidan yang penting untuk kesihatan kulit. Di samping itu, makan badam sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh membantu anda menjaga berat badan.


#3 Kacang Walnut

Kacang walnut mengandungi asid alfa-linolenik yang merupakan lemak omega-3 yang membantu melincirkan lapisan kulit untuk memastikan ia lembap. Hanya hidangan 1/2 auns memberikan anda hidangan yang disyorkan ALA. Kajian menunjukkan bahawa makan walnut sekitar makan malam juga boleh membantu anda mendapatkan tidur yang lebih baik!


#2 Coklat gelap

Coklat gelap tinggi dengan flavonoid yang boleh meremajakan kulit anda dan memberi anda kulit yang licin, lembut, dan lembap. Ia juga boleh meningkatkan aliran darah ke otak sehingga 2 jam selepas makan. Ada juga yang mencadangkan yang boleh mengurangkan risiko nyanyuk di kemudian hari.


#1 Minyak Zaitun

Kerana asid lemak dalam minyak zaitun, ia membantu melindungi kulit daripada sinaran UV dan menyebabkan membran sel untuk menyimpan kelembapan. Ambil sekurang-kurangnya satu sudu setiap hari untuk kulit yang cantik. Anda juga boleh guna sebagai pelembap untuk kulit atau rambut.




Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Thursday, July 18, 2013

Set Kesuburan Shaklee

Menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh dinaikkan dengan pengambilan Multivitamin & Multimineral. Jadi mari kita lihat satu persatu bagaimana Set Kesuburan Shaklee ini membantu dalam kesuburan.

set kesuburan shaklee untuk wanita mengandungi Vitalea, B Complex, Vita-C, alfalfa dan GLA Complex, 


manakala untuk lelaki mengandungi Vita Lea, B complex, Vita C dan Zinc Complex.



Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekata ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida. Vita C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.

Vitamin/produk yang memainkan peranan dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan Zinc Complex untuk suami. Bagaimana kedua2 ini berfungsi?

GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma.

Gabungan nutrien di atas memberikan ada harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan anak. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.

Credit: Vitamin Semulajadi



Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...