Dah masuk hari ketiga Syaaban, mesti ramai yang berlumbah-lumba puasa sunat dan tentunya puasa ganti. Ramadhan kurang sebulan je lagi tau.. Kalau ada yang belum ganti puasa tu jangan leka sangat nanti tak pasal-pasal kena bayar dam pula hehe.
Saya pun tengah marathon ganti puasa ni, asben pun bagi green light teruskan seminggu terus. Ha lega! Tapi dah sekian lama tak puasa, tiba-tiba puasa ni water intake kacau bilau lah kan.. Selalu kat opis antara pukul 9 sampai lunch saya habiskan 1liter, lepas lunch sampai habis office hour seliter lagi, malam topap sikit je 600 ml. Kenapa saya tak minum 3 liter? Nanti saya bagitau kiraan sebenar okey~ Sekarang meh nak bagi anggaran cara minum air waktu berpuasa.
*500 ml tu lebih kurang 2 mug standard tu
500ml sebelum sahur
- bangun gosok gigi, sambil masak/panaskan lauk minum dulu
500ml selepas sahur
- tunggu at least 10-15 minit lepas sahur
500ml untuk berbuka
- seharian badan tak masuk air, lebih baik minum air masak/suam dulu dan kurma, kendian2 baru la air manis
500ml lepas solat magrib
- air dulu baru makan, cara ni pun boleh elakkan terlebih makan, *kurus sambil puasa ok puan2* =D
500ml sebelum terawikh
500ml lepas terawikh
taraaa~~ cukup kan 3 liter? Ni anggaran saja.. jumlah sebenar air yang kita perlukan ialah 1 liter untuk setiap 25 kg berat badan.
Contoh berat 50kg, 50 * 0.04 = 2 liter. Ha kan tak sampai 3 liter, kalau nak minum lebih pun takpe dah seharian kita berpeluh buang air bagai kan.
Ingat, kurang air tak elok untuk badan, terlebih air pun tak boleh. Bersederhanalah kata Nabi s.a.w~ Selamat minum air. :D
No comments:
Post a Comment