Saturday, April 13, 2013

InfoKV : Collagen 101

Macam subjek lecture pulak ye haha. 101 ni biasa untuk introduction sesuatu subjek kan? Ha nak introduce pasal collagen seswai amatla subjek collagen 101 kan? :D

Dengan lafaz Bismillah..

Apa Itu Kolagen?

definisi dari pacik google dictionary
Banyak lagi penerangan pasal kolagen kat internet. Tapi saya cerita ringkas-ringkas je kat sini occay.
Ok apa itu kolagen?

Perkataan "Collagen" ni berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud 'pelekat'. Kolagen adalah sekumpulan protein yang menyambung dan menyokong tisu-tisu badan seperti kulit, tulang, salur darah, tendon, otot, dan rawan. Kolagen juga berfungsi sebagai penyokong organ-organ dalaman dan juga terdapat dalam gigi!. Kira-kira 30% protein dalam badan manusia adalah kolagen.



Dari Mana Datangnya Kolagen?

Hari ini, kolagen digunakan dalam bidang kosmetik. perubatan, dan produk farmaseutikal secara meluas. Kolagen sebagai makanan tambahan pula diperolehi haiwan mamalia, burung-burung dan ikan. Tiada sumber kolagen dilaporkan dari spesis tumbuh-tumbuhan.

Sumber kolagen yang digunakan untuk tujuan kosmetik umumnya dari bovine (lembu), porcine (babi) dan marine (ikan).

Kenapa Kolagen Penting?
Bayangkan kita bina rumah, tapi bata susun je tak letak simen. Cepat runtuh tak? Sepenting tu la kolagen dalam badan kita. Sendi-sendi kita masih terikat sebab tendon. Tendon disokong oleh? Kolagen~~ bagus adik-adik hehe

Kolagen Untuk Siapa?
Bermula usia 25tahun, pengeluaran kolagen akan mula menurun, yang mana ia juga akan melambatkan kadar metabolisma dalam badan. Kekurangan kolagen akan menyebabkan masalah kesihatan seperti berikut :
  • kedutan, garis-garis halus, kulit kendur, rambut beruban, dan keguguran rambut
  • tekanan darah tinggi, kehilangan jisim tulang, radang sendi, dan rabun jauh.

Graf menunjukkan perubahan kulit dan tulang dikalangan wanita berumur 20 dan 69 tahun. Bukti menunjukkan tanda-tanda penuaan adalah kerana kesan kekurangan kolagen. This evidence proves that the signs of aging are present due to the lack of collagen. Proses sintesis kolagen aktif sehingga awal 20an, tetapi akan mula menurun pada umur 25 tahun. 
Occay.. yang dah lanjut usia boleh panik sekarang hehe

Kesimpulannya?
Mengambil kolagen berkualiti → menggalakkan sintesis kolagen dalam badan → mengembalikan kolagen kepada keadaannya yang asal → memperbaiki kulit dan tulang/salur darah → melawan kesan penuaan

Kolagen yang berkualiti dijangka dapat menggalakkan kesan anti-penuaan seperti berikut:
  1. Peningkatan kepadatan tulang
  2. Pertumbuhan rambut
  3. Menghapuskan sakit sendi
  4. Menyihatkan kulit
  5. Melegakan sembelit

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...