Tuesday, April 23, 2013

InfoKV : Did You Know? Carrots used to be purple, not orange

Tajuk ala-ala internasionale arini hehehe

Iya tahukah anda? Lobak merah, carrot tu, dulu warna ungu, bukan warna oren macam sekarang ni tau.


Dahulu, sebelum kurun ke-17, hampir kesemua lobak yang ditanam berwarna ungu. Sehinggalah lewat kurun ke-16, penanam dari Belanda mengambil strain mutan dari lobak ungu, termasuk putih dan kuning dan beransur-ansur mengembangkannya kepada lobak merah yang kita ada sekarang.



Kalau anda terjumpa lobak ungu jangan ingat lobak tu dah buruk pulak, warna luarannya sahaja yang ungu, dalamannya masih lagi oren.



Apakah Kebaikan Lobak Ungu?

Lobak memberi lebih nutrisi dari yang kita tahu. Lobak ungu kurang popular berbanding lobak merah, namun ia menawarkan banyak faedah berbanding lobak merah.

♥ lebih tinggi antioksidan daripada lobak merah, 
♥ mempunyai ciri-ciri anti-radang. Ini boleh membuat mereka sangat berguna dalam rawatan artritis. 
♥ bertindak sebagai anti-virus, antiseptik dan antimikrob, 
♥ mengandungi anticarcinogens dan betacarotenes. 
♥ mengandungi fitokimia seperti karotenoid, polyacetylenes, isocoumarins, phenolic dan sesquiterpenes. 
   ♦ Fitokimia mempunyai antioksida, anti-bakteria, dan pencegahan penyakit dan peningkatan kesihatan.
   ♦ Anticarcinogens membantu mengurangkan risiko kanser dan juga membantu untuk melawan sel-sel kanser yang sudah hadir di dalam badan kita. 
♥ menentang virus serta jangkitan bakteria, seperti selesema, campak dan jangkitan dalaman saluran kencing, mulut dan perut. 
♥ mencegah kanser

lagi? memang banyak khasiat lobak ungu ni!

♥ mengandungi dos vitamin A yang tinggi, yang mana membantu untuk mengelakkan arteri dari tersumbat dan membantu mencegah strok.
♥ juga mengandungi vitamin B, C dan E serta 'calcium pectate', yang merupakan sumber fiber yang sangat baik, dan membantu menurunkan kadar kolesterol, dan mencegah degenerasi otot.
♥ lobak ungu juga dikenali untuk menyuburkan rambut, kulit dan kuku
♥ meningkatkan kualiti susu ibu. 
♥ mengandungi satu bentuk kalsium yang lebih mudah dihadam oleh badan kita 
♥ akar lobak telah lama digunakan dalam merawat parasit usus, pencernaan, isu-isu tonsil dan sembelit. 

Tahukah anda, pada masa dahulu, lobak ungu digunakan sebagai ubat untuk merawat hampir kesemua jenis penyakit. Malah, bahagian hijau lobak merah mengandungi vitamin K, yang mana tiada dimana-mana bahagian lain lobak.

Kajian yang dilakukan di Universiti Queensland, menunjukkan bahawa jus lobak ungu dapat menurunkan tekanan darah, menstabilkan gula dalam darah, dan membantu dalam memerangi penyakit hati dan jantung. 

Subhanallah.. besarnya kuasa Allah kan, siapa sangka dalam satu lobak ada pelbagai penawar?

 Apa rasa lobak ungu?



Mana nak cari lobak ungu ni?

Dekat pasaraya saya tak pasti. Yang saya pasti, dalam Shaklee ada! Hehe vitamin mana? Nantikan entry seterusnya :)

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...