Friday, March 29, 2013

Manfaat Vitamin B Complex



Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.



Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

 
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.






Article credits to Zamila Aleiya Zahari

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

InfoSihatKV : Healing Crisis

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami? 
 
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?   

A: Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan. 

Q:  Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 
 
A: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q: Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 
 
A: Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku. 

Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A: Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q: Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q: Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari 
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan 
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya.
  4.  Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat 
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh.
  6.  Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan 
  7. Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
 
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan
Penerangan / Penyebab
Sakit kepala yang melampau
Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
Demam, tidak cukup rehat
Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau
Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
Kembung perut
Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
Penghasilan lendir seperti selsema, kahak
Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
Pendarahan Hidung
Mungkin petanda bagi kekurangan darah
Rasa sakit pada otot dan sendi
Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah
Mempercepatkan krisis penyembuhan
Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
Sistem saraf yang lemah
Kitaran haid yang tidak menentu, perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir
Lapar, Pening
Tekanan darah rendah, anaemia
Loya, sembelit, tersedu
Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
Edema (membengkak)
Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Thursday, March 28, 2013

Rambut Gugur, Apa Penyelesaiannya???


Rambut gugur adalah perkara yang normal kerana secara puratanya kita akan kehilangan sebanyak 100 helai rambut setiap hari.  Tapi ianya adalah satu masalah bila rambut yang gugur terlampau banyak sampaikan boleh buat karpet rambut hehe. 


Selalunya kesan rambut gugur ni kita selalu nampak pada kaum lelaki berbanding wanita, mungkin sebab wanita berambut panjang jadi kesan botak tu kurang nampak. Bagi yang mempunyai masalah rambut gugur yang kronik, hal ini pastinya tidak menyelesakan baik lelaki mahupun perempuan.  Jadi mari kita kaji punca dan cara penyelesiannya.

Apakah itu rambut?
Rambut terjadi dari protein yang dipanggil keratin yang dihasilkan di dalam akar rambut. Setiap kali akar rambut menghasilkan sel rambut baru, sel-sel lama akan ditolak keluar ke permukaan kulit (6 inci setahun). Jadi rambut yang boleh dilihat sebenarnya adalah sel-sel keratin yang telah mati.

Pada satu-satu waktu, lebih kurang 90% rambut sedang tumbuh di kulit kepala. Setiap akar rambut ada kitaran hidup yang boleh dipengaruhi oleh umur, penyakit dan sebagainya. Kitaran hidup ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:

  • Anagen   -- pertumbuhan aktif yang berlangsung selama 2 hingga  6 tahun
  • Catagen  -- proses peralihan yang berlangsung selama 2 hingga 3 minggu
  • Telogen   -- fasa rehat yang berlangsung selama 2 hingga 3 bulan. Dihujung fasa rehat,rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut baru dan kitaran rambut bermula kembali.

Seiring dengan peningkatan usia, kadar pertumbuhan rambut jugak akan menjadi lebih lambat.

Apakah punca rambut gugur?
Terdapat beberapa punca rambut gugur:

  • Hormon 
    • Ketidakseimbangan hormon 'androgens'.
  • Genetik
    • Dari ibu atau bapa.
  • Stress, penyakit, dan selepas bersalin
    • Boleh menyebabkan keguguran rambut tetapi hanya sementara. Cacing gelang dari jangkitan fungal juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Pengambilan ubat
    • Ubat kemoterapi untuk rawatan penyakit kanser, ubat mencairkan darah, ubat 'beta-blockers' untuk darah tinggi, dan ubat perancang kehamilan juga boleh menyebabkan rambut gugur.
  • Luka kebakaran, kecederaan dan X-ray
    • Juga boleh menyebabkan keguguran rambut sementara. Selalunya rambut akan kembali normal setelah sembuh.
  • Kosmetik
    • Bersyampu terlalu kerap, kerinting, dan mewarnakan rambut juga boleh menyumbang kepada keguguran rambut kerana rambut rapuh dan kasar. Ikatan rambut yang terlalu ketat, menggunakan penggulung rambut panas juga boleh merosakkan dan menyebabkan rambut patah. Tetapi proses ini tidak menyebabkan botak. Dalam kebanyakan masa rambut akan tumbuh normal semula jika proses yang merosakkan rambut dihentikan. Tetapi rambut yang rosak teruk juga boleh menyebabkan botak berkekalan.

Apakah yang boleh membantu untuk mengatasi masalah rambut gugur ni? Jom cuba petua orang tua-tua.

Petua 1: 

  1. Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas.
  2. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga.
  3. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit.
  4. Bilas dengan air besih.
  5. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga


Petua 2:

  1. Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala.
  2. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit.
  3. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih.
  4. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.


Petua 3:

  1. Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak.
  2. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
  3. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman.
  4. Bilas dengan air bersih.
  5. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.


Tak rajin? Jom cuba set dari Shaklee, rawat dari dalam kan lagi bagus.



Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

InfoSihatKV: Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat Dan Manfaatnya


Entry kali ini menunjukkan senarai buah-buahan dan faedah antioksidan buah-buahan yang paling berkhasiat. Untuk mendapatkan manfaat buah-buahan yang terbaik, anda mesti kerap memilih buah-buahan dari Top 10 Senarai Buah-Buahan yang dinyatakan dibawah sebentar lagi. Daripada itu, barulah anda boleh kelihatan lebih sihat, berfikir lebih baik dan mempunyai tenaga yang lebih banyak.

Tetapi itu bukan semuanya. Ternyata bahawa makan sebiji epal sehari atau aprikot, kiwi, betik atau semangkuk blueberry, boleh membuatkan kita untuk tidak memerlukan doktor lagi! Bukan sekadar buah-buahan sihat adalah lazat dan berkhasiat, dapat mengurangkan risiko selesema, sakit jantung, kanser dan sebagainya, ia juga mengandungi faedah antioksidan buah-buahan yang akan membantu anda berasa lebih baik dan hidup lebih lama.
Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat & Manfaatnya

1. Buah Epal.  
Kalau dimakan bersama kulit, ia akan memberikan badan anda Pectin, 5 gram serat dan dos flavonoid antioksidan yang banyak. Buah epal membantu menurunkan paras kolesterol anda. Dos flavonoid yang banyak boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan kanser. Sebiji buah epal mempunyai 80 kalori.


2. Buah Aprikot. 


Ia adalah sumber yang baik untuk vitamin A, C dan E, kalium, zat besi dan karotenoid. Lycopene yang terdapat dalam aprikot membantu melindungi mata anda dan mencegah penyakit jantung, pengoksidaan kolesterol LDL dan kanser tertentu(terutamanya kanser kulit). Serat yang terdapat dalam aprikot membantu melegakan sembelit. Sebiji aprikot mempunyai hanya 19 kalori.


3. Buah Pisang. 
Buah pisang adalah sumber kalium(kira-kira 400mg), membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan stroke. Ia juga memainkan peranan penting dalam fungsi otot. Pisang sangat lazat dan manis untuk dimakan menjadikan ia sebagai pengganti gula yang baik dan sumber tenaga semulajadi. Serat dalam buah pisang membantu memulihkan tindakan usus yang normal. Pisang mengandungi sekitar 108 kalori.


4. Buah Beri(Berries). 

 

Mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi dan kuat, termasuk vitamin C. Banyak kajian menunjukkan buah beri memberikan perlindungan terhadap stroke, kanser dan banyak penyakit lain. 

Blueberries merupakan buah-buahan yang utama dalam senarai buah-buahan antioksidan. Selain memberi manfaat kesihatan yang lain, Blueberries membantu menghalang tekanan darah tinggi, marcular degeneration dan kerosakan otak yang membawa kepada penyakit Alzheimer. Satu cawan blueberries mempunyai 81 kalori dan 4 gram serat.

·                     Blackberries mempunyai 74 kalori dan 10 gram serat secawan.
·                     Raspberries mempunyai 60 kalori dan 8 gram serat secawan.
·                     Strawberries mempunyai 50 kalori dan 4 gram serat secawan sekiranya dihiris.

5. Buah Tembikai(Cantaloupes). 
 

 Ia mengandungi penuh vitamin C, kalium dan karotenoid antioksidan. Tembikai boleh membantu mengurangkan keradangan, mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular, meningkatkan immuniti dan membantu melindungi kulit anda daripada sinaran matahari(sunburn). Separuh tembikai mempunyai 97 kalori dan 2 gram serat.

6. Buah Ceri. 



Buah ceri adalah sangat tinggi dalam besi dan flavonoid untuk melawan penyakit. Ia mengandungi kalium, magnesium, vitamin C dan E, folat dan karotenoid untuk pelindung hati. Buah ceri mengurangkan keradangan, sakit artritis, kolesterol yang tidak baik dan risiko kanser. Satu cawan buah ceri mempunyai 88 kalori.


7. Buah-Buahan Citrus. 



Buah dalam kategori ini sangat dikenali sebagai buah yang mempunyai rasa jus yang segar dan tinggi dalam vitamin C. Tetapi ia juga merupakan sumber folat, serat dan antioksidan lain, vitamin dan mineral. Ia juga membantu mengurangkan kolesterol, tekanan darah dan risiko sesetengah kanser.

·                     Buah anggur merah hanya mengandungi 47 kalori.
·                     Buah oren mengandungi 50 hingga 70 mg vitamin C dan 68 kalori sebiji.
·                     Buah lemon dan lime mengandungi kira-kira 17 kalori sebiji.

8. Buah Kiwi. 




Ia mengandungi dua kali ganda vitamin C dari buah oren. Ia merupakan sumber yang sangat baik magnesium, kalium dan vitamin A dan E. Buah kiwi boleh meningkatkan sistem imun dan mengurankan penyakit pernafasan. Sebiji kiwi mempunyai 47 kalori dan 3 gram serat.


9. Buah Betik. 




Ia penuh dengan vitamin C, folat, karotenoid dan enzim peghadaman semulajadi yang membantu penghadaman protien, Satu cawan cube betik mengandungi 55 kalori.


10. Buah Anggur Merah. 




Buah ini mengandungi zat besi, kalium, serat dan antioksidan yang kuat untuk melawan banyak penyakit. Anggur berwarna gelap mengandungi sumber flavonoid, anthocyanin dan resveratrol untuk membantu mencegah penyakit jantung dan kanser. Satu cawan buah anggur merah mempunyai 60 kalori.


Mulai dari sekarang, anda boleh cuba untuk memilih dari setiap buah-buahan daripada senarai buah-buahan yang sihat diatas. Anda semua sudah pun tahu bahawa semua buah-buahan diatas mempunyai manfaat kepada diri anda dan kesihatan sepanjang hidup yang anda jalani. Selamat mencuba...


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...