Rambut gugur adalah perkara yang normal kerana secara puratanya kita akan kehilangan sebanyak 100 helai rambut setiap hari. Tapi ianya adalah satu masalah bila rambut yang gugur terlampau banyak sampaikan boleh buat karpet rambut hehe.
Selalunya kesan rambut gugur ni kita selalu nampak pada kaum lelaki berbanding wanita, mungkin sebab wanita berambut panjang jadi kesan botak tu kurang nampak. Bagi yang mempunyai masalah rambut gugur yang kronik, hal ini pastinya tidak menyelesakan baik lelaki mahupun perempuan. Jadi mari kita kaji punca dan cara penyelesiannya.
Apakah itu rambut?
Rambut terjadi dari protein yang dipanggil keratin yang dihasilkan di dalam akar rambut. Setiap kali akar rambut menghasilkan sel rambut baru, sel-sel lama akan ditolak keluar ke permukaan kulit (6 inci setahun). Jadi rambut yang boleh dilihat sebenarnya adalah sel-sel keratin yang telah mati.
Pada satu-satu waktu, lebih kurang 90% rambut sedang tumbuh di kulit kepala. Setiap akar rambut ada kitaran hidup yang boleh dipengaruhi oleh umur, penyakit dan sebagainya. Kitaran hidup ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
- Anagen -- pertumbuhan aktif yang berlangsung selama 2 hingga 6 tahun
- Catagen -- proses peralihan yang berlangsung selama 2 hingga 3 minggu
- Telogen -- fasa rehat yang berlangsung selama 2 hingga 3 bulan. Dihujung fasa rehat,rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut baru dan kitaran rambut bermula kembali.
Seiring dengan peningkatan usia, kadar pertumbuhan rambut jugak akan menjadi lebih lambat.
Apakah punca rambut gugur?
Terdapat beberapa punca rambut gugur:
Petua 1:
Petua 2:
Petua 3:
Tak rajin? Jom cuba set dari Shaklee, rawat dari dalam kan lagi bagus.
- Hormon
- Ketidakseimbangan hormon 'androgens'.
- Genetik
- Dari ibu atau bapa.
- Stress, penyakit, dan selepas bersalin
- Boleh menyebabkan keguguran rambut tetapi hanya sementara. Cacing gelang dari jangkitan fungal juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
- Pengambilan ubat
- Ubat kemoterapi untuk rawatan penyakit kanser, ubat mencairkan darah, ubat 'beta-blockers' untuk darah tinggi, dan ubat perancang kehamilan juga boleh menyebabkan rambut gugur.
- Luka kebakaran, kecederaan dan X-ray
- Juga boleh menyebabkan keguguran rambut sementara. Selalunya rambut akan kembali normal setelah sembuh.
- Kosmetik
- Bersyampu terlalu kerap, kerinting, dan mewarnakan rambut juga boleh menyumbang kepada keguguran rambut kerana rambut rapuh dan kasar. Ikatan rambut yang terlalu ketat, menggunakan penggulung rambut panas juga boleh merosakkan dan menyebabkan rambut patah. Tetapi proses ini tidak menyebabkan botak. Dalam kebanyakan masa rambut akan tumbuh normal semula jika proses yang merosakkan rambut dihentikan. Tetapi rambut yang rosak teruk juga boleh menyebabkan botak berkekalan.
Apakah yang boleh membantu untuk mengatasi masalah rambut gugur ni? Jom cuba petua orang tua-tua.
Petua 1:
- Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas.
- Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga.
- Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit.
- Bilas dengan air besih.
- Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga
Petua 2:
- Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala.
- Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit.
- Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih.
- Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.
Petua 3:
- Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak.
- Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
- Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman.
- Bilas dengan air bersih.
- Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.
Tak rajin? Jom cuba set dari Shaklee, rawat dari dalam kan lagi bagus.
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com
No comments:
Post a Comment