Wednesday, March 13, 2013

InfoSihat KV: Sumber Makanan Tinggi Kalsium

Hampir semua orang tahu sumber makanan tinggi kalsium datangnya dari susu dan segala produk tenusu. Tetapi bagaimana pula dengan pengguna yang tidak suka meminum susu atau tidak boleh meminum susu atas sebab alahan? Dari mana mereka nak dapatkan sumber kalsium?
Tahukah anda terdapat pelbagai jenis makanan yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi termasuk dari sayur-sayuran, makanan laut dan juga kekacang.

Kailan, sayur hijau yang mengandungi kalsium
Ulam-ulaman / sayur-sayuran adalah contoh makanan yang tinggi kalsium. Berikut merupakan senarai sayur/ulam serta kandungan kalsium berdasarkan Nutrient Composition of Malaysian Foods :
Pucuk betik (290 mg)
Ulam raja (270 mg)
Daun pudina (216 mg)
Daun pegaga (171 mg)
Kailan (179 mg)
Sawi (136 mg)
Pucuk paku (79 mg)

Pastikan anda mengambil 3 sajian sayur-sayuran (3 cawan) setiap hari bagi mendapatkan kalsium serta sumber mineral lain seperti magnesium, vitamin K, vitamin B dan lain-lain yang juga dapat membantu dalam perkembangan tulang.
Ikan bilis beserta tulang dapat meningkatkan kandungan kalsium
Selain itu, sumber kalsium juga boleh didapati di dalam makanan laut seperti ikan bilis (440 mg), udang kering (128 mg), dan juga ikan sardin dalam tin yang mengandungi 363 mg kalsium. Walaubagaimanapun, ikan bilis akan kehilangan kandungan kalsiumnya jika dibuang kepala dan dibersihkan tulangnya. Bagi mengekalkan kandungan kalsium, ikan bilis mestilah dibersihkan dengan tidak membuang tulangnya yang menyimpan banyak kalsium. Cencalok dan belacan juga merupakan makanan tradisional yang tinggi kalsium.
Anda mungkin menggemari makanan yang bersumberkan kekacang seperti air soya, tofu, kacang kuda, tau foo fah dan sebagainya. Makanan-makanan seperti ini juga mengandungi kandungan kalsium yang tinggi di mana 1 cawan soya mentah mengandungi 349 mg kalsium, 1 cawan tau foo fah mengandungi 163 mg kalsium manakala masing-masing mengandungi sebanyak 268 mg dan 326 mg kalsium terdapat di dalam kacang kuda dan kacang dhal kuning.

Tau foo fah, diperbuat dari kacang soya yang tinggi kalsium
Walaubagaimanapun, produk makanan tenusu seperti susu UHT, yogurt, keju, susu penuh krim dan lain-lain lebih dikenali atas kandungan kalsiumnya. Jadi, jika anda tidak mengambil makanan tenusu, jangan risau terhadap kandungan kalsium dalam badan anda selagi anda masih mengambil sayur-sayuran, makanan laut mahupun kekacang.
Sumber : Eat Well, Live Well 
(Chia Joo Suan)


Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.


Kenapa Shaklee Osteomatrix pilihan saya?
... kerana Ostematrix ni lengkap dengan unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah.. Alhamdulillah..


Tahukah anda Shaklee OsteMatrix membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Mengapa kita perlu amik 4 biji osteomatrix sebelum tidur??
... Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp/sengal2 dan badan rasa lebih ringan gitu.


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...