Anda
rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
A: Ia
merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk
membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal
bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang
telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses
penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang
membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.
Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis
penyembuhan.
Q: Mengapakah krisis
penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A:
Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila
kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan
oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi
menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama
dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda
akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan
satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah
sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan
serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar
daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih
teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi
selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan
kembali bersih seperti baru.
Q: Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?
A:
Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau
makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan
berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah
proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk
mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan
hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup
kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses
penyembuhan itu berlaku.
Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang
sama semasa krisis penyembuhan?
A: Setiap
orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan
sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan
merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin
di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q: Secara
umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A: Ia
sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin
mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q: Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan
tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih
lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara
umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah
merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih
baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai
masalah seperti:
- Tidak mengamalkannya setiap hari
- Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
- Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya.
- Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
- Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh.
- Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
- Mengalami masalah emosi
Tanda-tanda
& Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan
Petanda serta Simptom:
Krisis
Penyembuhan
|
Penerangan
/ Penyebab
|
Sakit kepala yang melampau
|
Tekanan darah tinggi, petanda
menyahtoksin
|
Demam, tidak cukup rehat
|
Meningkatkan metabolisma,
merangsang fungsi imunisasi badan
|
Cirit-birit, meningkatkan
pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau
|
Petanda bagi menyahtoksin,
menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
|
Kembung perut
|
Sistem penghadaman yang lemah
|
Ruam, kulit gatal, kelemumur,
keluar lendir
|
Fungsi hati yang lemah, usus besar
yang tidak sihat dan sistem pembersihan
|
Penghasilan lendir seperti
selsema, kahak
|
Fungsi paru-paru yang lemah,
keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
|
Pendarahan Hidung
|
Mungkin petanda bagi kekurangan
darah
|
Rasa sakit pada otot dan sendi
|
Badan berasid, toksin terkumpul
dibahagian yang sakit
|
Peningkatan rasa sakit di
sebahagian badan yang bermasalah
|
Mempercepatkan krisis penyembuhan
|
Tidur yang bermasalah atau terlalu
aktif
|
Sistem saraf yang lemah
|
Kitaran haid yang tidak menentu,
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran
yang banyak
|
Hormon yang tidak seimbang /
penyakit buasir
|
Lapar, Pening
|
Tekanan darah rendah, anaemia
|
Loya, sembelit, tersedu
|
Sistem hadaman yang lemah, masalah
hati
|
Edema (membengkak)
|
Masalah buah pinggang
|
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope,
Columbia Unversity
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com
No comments:
Post a Comment