Thursday, March 28, 2013

InfoSihatKV: Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat Dan Manfaatnya


Entry kali ini menunjukkan senarai buah-buahan dan faedah antioksidan buah-buahan yang paling berkhasiat. Untuk mendapatkan manfaat buah-buahan yang terbaik, anda mesti kerap memilih buah-buahan dari Top 10 Senarai Buah-Buahan yang dinyatakan dibawah sebentar lagi. Daripada itu, barulah anda boleh kelihatan lebih sihat, berfikir lebih baik dan mempunyai tenaga yang lebih banyak.

Tetapi itu bukan semuanya. Ternyata bahawa makan sebiji epal sehari atau aprikot, kiwi, betik atau semangkuk blueberry, boleh membuatkan kita untuk tidak memerlukan doktor lagi! Bukan sekadar buah-buahan sihat adalah lazat dan berkhasiat, dapat mengurangkan risiko selesema, sakit jantung, kanser dan sebagainya, ia juga mengandungi faedah antioksidan buah-buahan yang akan membantu anda berasa lebih baik dan hidup lebih lama.
Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat & Manfaatnya

1. Buah Epal.  
Kalau dimakan bersama kulit, ia akan memberikan badan anda Pectin, 5 gram serat dan dos flavonoid antioksidan yang banyak. Buah epal membantu menurunkan paras kolesterol anda. Dos flavonoid yang banyak boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan kanser. Sebiji buah epal mempunyai 80 kalori.


2. Buah Aprikot. 


Ia adalah sumber yang baik untuk vitamin A, C dan E, kalium, zat besi dan karotenoid. Lycopene yang terdapat dalam aprikot membantu melindungi mata anda dan mencegah penyakit jantung, pengoksidaan kolesterol LDL dan kanser tertentu(terutamanya kanser kulit). Serat yang terdapat dalam aprikot membantu melegakan sembelit. Sebiji aprikot mempunyai hanya 19 kalori.


3. Buah Pisang. 
Buah pisang adalah sumber kalium(kira-kira 400mg), membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan stroke. Ia juga memainkan peranan penting dalam fungsi otot. Pisang sangat lazat dan manis untuk dimakan menjadikan ia sebagai pengganti gula yang baik dan sumber tenaga semulajadi. Serat dalam buah pisang membantu memulihkan tindakan usus yang normal. Pisang mengandungi sekitar 108 kalori.


4. Buah Beri(Berries). 

 

Mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi dan kuat, termasuk vitamin C. Banyak kajian menunjukkan buah beri memberikan perlindungan terhadap stroke, kanser dan banyak penyakit lain. 

Blueberries merupakan buah-buahan yang utama dalam senarai buah-buahan antioksidan. Selain memberi manfaat kesihatan yang lain, Blueberries membantu menghalang tekanan darah tinggi, marcular degeneration dan kerosakan otak yang membawa kepada penyakit Alzheimer. Satu cawan blueberries mempunyai 81 kalori dan 4 gram serat.

·                     Blackberries mempunyai 74 kalori dan 10 gram serat secawan.
·                     Raspberries mempunyai 60 kalori dan 8 gram serat secawan.
·                     Strawberries mempunyai 50 kalori dan 4 gram serat secawan sekiranya dihiris.

5. Buah Tembikai(Cantaloupes). 
 

 Ia mengandungi penuh vitamin C, kalium dan karotenoid antioksidan. Tembikai boleh membantu mengurangkan keradangan, mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular, meningkatkan immuniti dan membantu melindungi kulit anda daripada sinaran matahari(sunburn). Separuh tembikai mempunyai 97 kalori dan 2 gram serat.

6. Buah Ceri. 



Buah ceri adalah sangat tinggi dalam besi dan flavonoid untuk melawan penyakit. Ia mengandungi kalium, magnesium, vitamin C dan E, folat dan karotenoid untuk pelindung hati. Buah ceri mengurangkan keradangan, sakit artritis, kolesterol yang tidak baik dan risiko kanser. Satu cawan buah ceri mempunyai 88 kalori.


7. Buah-Buahan Citrus. 



Buah dalam kategori ini sangat dikenali sebagai buah yang mempunyai rasa jus yang segar dan tinggi dalam vitamin C. Tetapi ia juga merupakan sumber folat, serat dan antioksidan lain, vitamin dan mineral. Ia juga membantu mengurangkan kolesterol, tekanan darah dan risiko sesetengah kanser.

·                     Buah anggur merah hanya mengandungi 47 kalori.
·                     Buah oren mengandungi 50 hingga 70 mg vitamin C dan 68 kalori sebiji.
·                     Buah lemon dan lime mengandungi kira-kira 17 kalori sebiji.

8. Buah Kiwi. 




Ia mengandungi dua kali ganda vitamin C dari buah oren. Ia merupakan sumber yang sangat baik magnesium, kalium dan vitamin A dan E. Buah kiwi boleh meningkatkan sistem imun dan mengurankan penyakit pernafasan. Sebiji kiwi mempunyai 47 kalori dan 3 gram serat.


9. Buah Betik. 




Ia penuh dengan vitamin C, folat, karotenoid dan enzim peghadaman semulajadi yang membantu penghadaman protien, Satu cawan cube betik mengandungi 55 kalori.


10. Buah Anggur Merah. 




Buah ini mengandungi zat besi, kalium, serat dan antioksidan yang kuat untuk melawan banyak penyakit. Anggur berwarna gelap mengandungi sumber flavonoid, anthocyanin dan resveratrol untuk membantu mencegah penyakit jantung dan kanser. Satu cawan buah anggur merah mempunyai 60 kalori.


Mulai dari sekarang, anda boleh cuba untuk memilih dari setiap buah-buahan daripada senarai buah-buahan yang sihat diatas. Anda semua sudah pun tahu bahawa semua buah-buahan diatas mempunyai manfaat kepada diri anda dan kesihatan sepanjang hidup yang anda jalani. Selamat mencuba...


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...