Friday, June 14, 2013

GLA Complex

Kebanyakkan GLA (gamma-linolic acid) tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.


Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Sumber Asli GLA
1. Borage seed ----> 17% - 25%
2. Blackcurrant ----> 15% - 20%
3. EPO     ------------> 7% - 10%

Manfaat Utama: 

  • Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal-selia estrogen dan testoteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal-selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
  • Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
  • Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan kadar gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  •  Pelangsingan dan menghalang berat badan - Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  • Hiperaktif dan Autism (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawal GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.
GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita
Ramai orang bersalahanggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropause (menopaus lelaki) 


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Menyesal Makan Vitamin Shaklee??

Baru mula makan supplemen tapi sakit kepala, pening, jerawat makin teruk, atau batuk tiba-tiba? Ambil suplemen sebab member bagitau bagus tapi apa sudah jadi? Beli sebab nak cantik tapi makin buruk pula?

BERTENANG ya puan-puan.. itu cuma healing crisis saja.. bukan penyakit kronik dah datang hinggap.

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.
Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung lapar), cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

 Jadual menunjukkan simptom dan penyebab-penyebabnya.

healing crisis shaklee, krisis penyembuhan, healing crisis

Jadi, bila jadi macam ni, jangan cepat putus asa, jangan berhenti separuh jalan, ingat.. Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Sakit sihat kita semua datang dari Allah, supplemen hanyalah ikhtiar kita untuk kekal sihat supaya boleh banyakkan ibadah :)


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Thursday, June 13, 2013

Jadual Makan Vitamin Shaklee Yang Sesuai



Selalu customer baru akan tanya macam mana cara makan vitamin ni.. Nak makan waktu mana.. macam mana. Selalu memang saya akan bagi jadual makan dalam consultation.

Tapi nak cerita secara amnya, ada vitamin yang sesuai ambil waktu pagi, waktu badan baru nak mula bekerja, ada juga yang elok ambil tengahari, dan ada juga paling sesuai sebelum tidur. Fungsi vitamin tak sama, jadi untuk rasa keberkesanan vitamin seeloknya ambil ikut jadual yang disarankan kan.. kalau tak nanti rugi..

Ok jom tengok cara makan vitamin (vitamin basic saja, setiap orang lain keperluan, cara makan pun lain sikit).

Waktu pagi:
Sebelum bfast: Energizing Soy Protein.
Lepas Bfast: B-complex, Vita-Lea
Tengah hari pula:  Omega Guard, Lecithin, Ostematrik, Alfalfa.
Lepas makan malam, Lecithin, Alfalfa
Sebelum tidur: Vita E, OsteMatrik

Senang kan? Nak tukar-tukar pon boleh, tapi kena pastikan vitamin yang diambil tu tak ganggu penyerapan vitamin lain. 

Contoh: Vita-Lea tak boleh diambil dengan ostematrik / susu / ESP
Sebab: Kalsium akan menghalang penyerapan iron oleh usus.

Afalfa tak boleh ambil dengan Vitamin E& GLA( GLA juga mengandungi vitamin e)

Kalau tengah makan ubat dari hospital / klinik sebaiknya jarakkan masa pengambilan 3-4 jam. Sebab yang sama kita tanak vitamin kacau ubat, dan ubat kacau vitamin kan.

Nak tahu lebih lanjut? Boleh contact saya untuk free consultation :)

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Wednesday, June 12, 2013

Vita-Lea Iron Formula

Vita-Lea Shaklee adalah  multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-Min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.


Multivitamin pertama pada 1915

Kini dengan formulasi zat besi


Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina (sebab tu tablet dia warna hijau). Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Jom tengok video eksperimen "Explo-tab" ni.



Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Manfaat Utama:

  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkann sayuran (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod
  • Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Selebriti & Shaklee : Ashraf Muslim

Baru-baru ni terdengar Ashraf Muslim pun dah menceburkan diri dalam Shaklee, nampaknya makin ramailah selebriti kita yang percaya akan keberkesanan produk nya!

Siapa selebriti lain? Ha.. untuk namakan beberapa lah, Ayu Raudhah, Rita Rudaini, Mizz Nina, malah Tun Mahathir pun amalkan vitamin Shaklee ni. Ini baru dalam Malaysia, di negara luar dah ramai yang acknowledge Shaklee ni. White House dicuci menggunakan rangkaian Shaklee Get Clean, Oprah pun guna Get Clean ni, Arnold Schwarzenegger pun guna produk Shaklee waktu zaman bina badan dia tuh.. dan ramai lagi lah! Bab ni next entry pulak okey. Jom kita tengok apa kata Ashraf Muslim pasal vitamin Shaklee ni.





Asyraf Muslim dalam videonya memberitahu beliau amalkan Vitalea dan B Complex. Memang kedua-dua ini adalah set asas shaklee untuk mereka yang ingin mengamalkan pemakanan supplement tambahan lagi baru pertama kali mencuba. 
Dengan mengamalkan Vitalea, bangun pagi dah rasa tak penat. Selepas subuh badan rasa segar je tak letih, walaupun hanya sempat tidur beberapa jam sahaja. Itu penangan vitalea. Apa pulak katanya dengan B Complex? B Complex melancarkan perjalanan darahnya. Maka dengan itu silalah tengok wajah Ashraf Muslim yang sentiasa berseri itu.

Anda pun mahu jadi sebahagian dari team kami? Nak amalkan shaklee tapi tak tau ingin beli dengan siapa? Tidak tahu nak makan vitamin apa? Mudah je, jangan segan-segan hubungi saya untuk konsultasi percuma :)


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Puasa Sambil Minum 3 Liter Air?

Dah masuk hari ketiga Syaaban, mesti ramai yang berlumbah-lumba puasa sunat dan tentunya puasa ganti. Ramadhan kurang sebulan je lagi tau.. Kalau ada yang belum ganti puasa tu jangan leka sangat nanti tak pasal-pasal kena bayar dam pula hehe.

Saya pun tengah marathon ganti puasa ni, asben pun bagi green light teruskan seminggu terus. Ha lega! Tapi dah sekian lama tak puasa, tiba-tiba puasa ni water intake kacau bilau lah kan.. Selalu kat opis antara pukul 9 sampai lunch saya habiskan 1liter, lepas lunch sampai habis office hour seliter lagi, malam topap sikit je 600 ml. Kenapa saya tak minum 3 liter? Nanti saya bagitau kiraan sebenar okey~ Sekarang meh nak bagi anggaran cara minum air waktu berpuasa.


*500 ml tu lebih kurang 2 mug standard tu
500ml sebelum sahur
- bangun gosok gigi, sambil masak/panaskan lauk minum dulu
500ml selepas sahur
- tunggu at least 10-15 minit lepas sahur
500ml untuk berbuka
- seharian badan tak masuk air, lebih baik minum air masak/suam dulu dan kurma, kendian2 baru la air manis
500ml lepas solat magrib
- air dulu baru makan, cara ni pun boleh elakkan terlebih makan, *kurus sambil puasa ok puan2* =D
500ml sebelum terawikh
500ml lepas terawikh

taraaa~~ cukup kan 3 liter? Ni anggaran saja.. jumlah sebenar air yang kita perlukan ialah 1 liter untuk setiap 25 kg berat badan.

Contoh berat 50kg, 50 * 0.04 = 2 liter. Ha kan tak sampai 3 liter, kalau nak minum lebih pun takpe dah seharian kita berpeluh buang air bagai kan.

 Ingat, kurang air tak elok untuk badan, terlebih air pun tak boleh. Bersederhanalah kata Nabi s.a.w~ Selamat minum air. :D


tips minum air bulan puasa, minum 3 liter air, puasa shaklee



Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Tuesday, June 11, 2013

Performance Drink - Minuman Para Atlet dan Ahli Angkasawan

Perbezaan Shaklee:

Pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Deadalus (human-powered flight programme). Performance merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Melalui perkasaan produk Performance dari Shaklee, penerbangan Deadalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.

Daedalus

Performance juga telah direka khusus untuk para angkasawan  NASA, Amerika Syarikat. Para atlit bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka. Kerana, minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan.

performance shaklee, minuman tenaga shaklee


Senarai atlit yang diperkasa oleh Shaklee

1. Craig Blanchette -Wheelchair racer/world record holder
2. Dean Karnazes -UltraMARATHONER
3. Carla Overbeck -Co-Captain US Olympic Soccer Team/ Olympic Gold 1996/ Soccer Coach
4. US Ski Team and SnowBoarding Teams -Elite level ski and snowboard team
5. Carly Piper -Elite Level Swimmer
6. Nia Abdallah -2004 Olympic silver medalist in taekwondo
7. Eli Bremer -Pentathlete
8. Gary Hall Jr -Elite Swimmer, Gold Medalist
9. Bethany Hart -Bobsledding and Hammer throw
10. Kent Bostick -Elite Cyclist, Masters World Champion, Medalist
11. Carl Rundell -Marathon Runner
12. USC Tennis Team -Official Nutritional Sponsor
13. NASA -Official Product Created for Space travel (Shaklee Performance is known as Astro Aid to NASA)

Bukan mat-mat saleh je Shaklee sponsor okey.. Malaysia pun ado..

jelajah basikal shaklee, shaklee performance



Manfaat Utama:


  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.
  • Mencegah Penyahhidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulut dan kelihatan muda
  • Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga oto dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.
Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan di mana saja. Enak diminum begitu saja atau dicampur bersama minuman lain.

Sangat sesuai untuk:
♦ para atlet
♦ mereka yang berpuasa
♦ sebelum dan selepas pembedahan
♦ tidur lewat malam
♦ keletihan, penyahhidratan otot dan kulit
♦ vagina yang kering
♦ cirit birit
♦ tiada selera makan
♦ paras gula rendah
♦ pening-pening dan loya


Rekomendasi:
Sarapan : Campurkan satu sudu besar untuk setiap Performance, Energizing Soy Protein dan Meal Shakes
Latihan : Campurkan 2 sudu besar dalam 500ml air dan minum satu jam sebelum memulakan latihan fizikal dan setiap 30 minit sewaktu latihan fizikal. Minum 1 jam kemudian selepas latihan fizikal untuk penyahhidratan dan mengembalikan tenaga

Nota: Elakkan dari terdedah. (simpan dalam peti sejuk selepas buka)


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Jangan Makan Nasi Untuk Sahur!!

Kenapa tak boleh makan nasi?? Nasi kan makanan ruji kita?? Ha.. ingat entry lepas pasal indeks glisemik?
..Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pulak memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.
Nasi kategori medium high G.I okay.. antara 56 hingga 69 gitu. Jadi amatlah penting untuk kita mengambil sahur yang rendah indeks glisemik kerana penyerapan glukosa dalam darah secara perlahan-lahan akan menstabilkan kandungan gula dalam darah, menjadikan kita bertenaga sepanjang hari.

Berbeza dengan makanan yang berindeks glisemik tinggi, seperti nasi, coklat, gula pasir kerana glukos terserap masuk ke dalam darah dengan kadar yang cepat dan menurun juga dengan kadar yang cepat. Kandungan glukosa yg tinggi ini menjadikan kita sangat bertenaga, sangat teruja tetapi sebaik sahaja paras glukosa turun, kita menjadi sangat lemah, lapar, lesu tidak bermaya.

Jadi apa makanan yang rendah G.I ni?

indeks glisemik, senarai makanan rendah glisemik, shaklee indeks glisemik
klik untuk tumbesaran gambar


Saya pun agak perasaan perbezaan sahur nasi dan sahur makanan rendah G.I ni, sahur nasi kadang-kadang tu pukul 9-10 dah start lapar, mengantuk tak yah cakap la.. rupanya sebab ni lah. Sebab duduk rumah kan, makan jela apa mak masak hehehe. Lepas masuk belajar harapan la nak masak.. so sahur dengan cereal and susu je. Time tu tak perasan pun lebih bertenaga sebab pegi kelas, abis kelas balik lepak rumah, petang g kelas balik haha tapi lepas mula bekerja ni saya start sahur dengan ESP.. haa bukan saja kenyang sampai petang, cergas lagi hihi

Selain ESP, gabungan Performance Drink dan Meal Shakes adalah terbaik bagi yang nak berpuasa. Kombo lengkap untuk bulan puasa ni memberi tenaga sepanjang hari dan menghindarkan kita dari dehidrasi. Ibu yang menyusu dan risau susu merudum waktu puasa? Boleh ambil set ni, insyaAllah susu melimpah ruah, dan ibu bertenaga sepanjang hari! Ibu hamil? Sesiapa yang ada masalah gastrik? Tahun ni insyaAllah anda boleh puasa penuh dengan set ni!

set mighty 3, performance, esp, meal shakes, shaklee


Testi customer yang dah cuba set mighty 3 ni.

testi mighty 3





Jom kita tengok testi kak Sufiah yang ada gastrik tapi sekarang dah boleh puasa penuh!

testi gastrik, esp, performance, meal shakes, shaklee puasa




psst.. bulan ni promo Meal Shakes, rugi kalau tak grab dari sekarang!! Harga? haruslah murah gila hehe


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Monday, June 10, 2013

Apa itu asid amino?

Selalu dengar-dengar pasal asid amino ni tahukah anda apa itu asid amino?

Asid amino adalah kimia protein blok binaan dan boleh dipanggil blok binaan untuk kehidupan. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. Secara struktur, badan anda terutamanya boleh terjejas oleh protein yang dibangunkan daripada asid amino. Dari dua puluh asid amino, badan mengeluarkan lebih daripada 50,000 jenis protein yang memainkan peranan penting dalam badan kita. Asid amino yang menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel. Ia benar-benar penting untuk kesihatan.

Fungsi asid amino

Asid amino merupakan komponen utama dalam pelbagai metabolisma. Walaupun ia terdiri daripada pelbagai jenis metabolisma tetapi dikategorikan sebagai fungsi daripada asid amino kerana ia merupakan sebahagian daripada pusat kompleks dan sistem biologi

Fungsi dan penggunaan asid amino lain bergantung pada asid-asid amino, unsur-unsur mineral, karbohidrat dan asid lemak dan mempunyai kesan tidak langsung yang dimanifestasikan dalam pelbagai metabolisma.

Jika anda tidak mendapat asid amino yang cukup dalam diet anda, kesihatan anda boleh terjejas. Asid amino penting yang rendah dikaitkan dengan gejala seperti keresahan, penumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan, dan ketidakseimbangan hormon

Asid amino boleh dipecahkan kepada dua kumpulan: yang perlu dan tidak diperlukan. Istilah yang perlu sebenarnya tidak ada apa-apa kaitan dengan kepentingan asid amino, sama ada badan dapat mengeluarkannya atau tidak. Asid amino yang diperlukan tidak dapat dihasilkan oleh badan, jadi kita perlu ambil melalui pemakanan. Asid amino yang tidak diperlukan boleh dihasilkan oleh badan jika bahan yang sesuai disediakan.

Asid amino tidak perlu:

- Alanine
Menghapus zat-zat beracun yang dilepaskan daripada pemecahan protein otot ketika latihan intensif.
Kesan sampingan: Alanine berlebihan di dalam tubuh berkaitan kelelahan kronik.
Sumber haiwan : daging, makanan laut, telur, ikan, hasil tenusu
Sumber sayuran : kacang, soya, jagung

- Arginine
Memainkan peranan penting dalam relaksasi pembuluh darah, merangsang dan mempertahankan ereksi pada lelaki, pengeluaran ejakulasi, dan menyingkirkan ammonia berlebihan dari tubuh.
Sumber haiwan: produk susu (misalnya keju, susu, yogurt), daging lembu, daging babi (misalnya bacon, ham), unggas
makanan laut (misalnya lobster, salmon, udang, siput, tuna)
sumber sayur : gandum dan tepung, oatmeal, kacang tanah, kekacang (kelapa, kacang mete, walnut, almond, kacang Brazil, hazelnut, pinenuts), biji-bijian (labu, bijan, bunga matahari), kacang polong, soya

- Asparagine
Ini membantu menyediakan keseimbangan dalam sistem saraf pusat-bantu dalam keadaan menyeimbangkan emosi.
Sumber haiwan: susu, daging lembu, , telur, ikan, laktoalbumin, makanan laut
Sumber tumbuhan: asparagus, kentang, kekacang,bijian, soya

- Aspartic Acid
Meningkatkan stamina, membantu dalam pembuangan racun dan amonia dari tubuh, dan bermanfaat dalam sintesis protein yang terlibat dalam sistem imuniti.
Sumber haiwan : sosej daging
Sumber tumbuhan :oat, avokado, asparagus, tebu muda
Suplemen diet : baik sebagai asid aspartat atau garam

- Cysteine
Komponen jenis protein berkumpul di kuku, kulit dan rambut. Berfungsi sebagai antioksidan , dan mempunyai kesan sinergis bila diambil dengan antioksidan lain seperti vitamin E dan selenium.
Sumber haiwan : daging babi, ayam, susu, sosej daging, telur, yogurt
Sumber sayuran : bawang putih, gandum, bawang, oat

- Glutamik Acid
Membantu dalam mencegah pembesaran prostat bersama-sama dengan glycine dan alanine.
Penting untuk otak kognitif berfungsi. Diperlukan untuk pembelajaran, ingatan, penyelesaian masalah dsb..
Sumber haiwan : daging, ayam, ikan, telur, tenusu, dan kombu
Sumber sayuran : gandum

- Glutamine
Meningkatkan fungsi otak yang sihat. Hal ini juga diperlukan untuk sintesis molekul RNA dan DNA.
RNA ini hampir sama dengan DNA, tetapi berbeza dalam beberapa struktur penting: di dalam sel, biasanya RNA berantai tunggal, sementara biasanya DNA berantai ganda; RNA nukleotida DNA mengandungi ribosa sementara mengandungi deoksiribosa (sejenis ribosa yang tidak mempunyai satu atom oksigen); dan RNA mempunyai asas dan bukan urasil timina yang terdapat dalam DNA.

- Glycine
Komponen kulit dan bermanfaat untuk penyembuhan luka. Berfungsi sebagai neurotransmitter.
Kesan sampingan dari peringkat kualiti glisin dalam tubuh adalah boleh menyebabkan kepenatan

- Ornithine
Ornithine adalah asid amino yang memainkan peranan dalam kitaran urea. 
Ornithine berkait dengan arginine untuk merangsang pembebasan hormon pertumbuhan

- Proline
Memainkan peranan dalam isyarat intraselular

- Serine
Penting untuk membolehkan otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik. Selanjutnya, serine meningkatkan sistem imunisasi tubuh yang sihat dengan membantu penghasilan antibodi.
komponen semua membran sel.
agen untuk penghasilan seperti asid amino glysine, Cystein, dan triptofan. Triptofan, diperlukan untuk sintesis serotonin dan fungsi neurotransmiter, dikenali untuk membantu menghilangkan stres, kegelisahan dan kemurungan.
Kekurangan serine: Simpton kekurangan serine ialah lambat dalam perkembangan kemahiran kognitif dan fizikal (psikomotor keterbelakangan), kekejangan dan microcephaly.
Microcephaly merujuk kepada keadaan kesihatan di mana saiz kepala lebih kecil daripada saiz normal dan disebabkan oleh tumbesaran otak.

- Tyrosine
Merupakan precursor dopamine; iaitu neurotransmitter yang berlaku pelbagai spesies haiwan termasuk vertebrata dan invertebrata, noradrenalina; hormone yang dirembeskan oleh sel saraf dan adrenalin.
Dapat meningkatkan mood positif dan juga antioksidan.

Asid amino yang perlu:

- Histidine
Histidine digunakan oleh badan untuk membina dan mengekalkan tisu yang sihat
Tahap histidine yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik.

- Isoleucine
Diperlukan untuk sintesis hemoglobin, unsur utama sel darah merah.

- Leucine
Bermanfaat untuk kulit, tulang dan rangkaian penyembuhan luka. Ini mendorong hormon pertumbuhan sintesis.

- Lysin
Diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada anak-anak, membantu dalam penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen yang penting dalam tubuh, menghasilkan antibodi, hormon, enzim, pembentukan kolagen serta pembaikan rangkaian. Lysin juga membantu tubuh menyerap kalsium, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, suatu zat yang penting untuk tulang dan rangkaian, termasuk kulit, tendon, dan tulang rawan

- Methionine
Merupakan antioksidan. Ini membantu dalam pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ini juga baik untuk kesihatan kulit dan kuku.

- Phenylalanine
Bermanfaat bagi kesihatan sistem saraf. Ia meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan nafsu makan.

- Threonine
Menyeimbangkan protein dalam badan supaya tidak ada kekurangan atau banyak protein.
Membina protein daripada asid amino yang membentuk tisu badan dari rambut hingga kaki.
Menstabilkan paras gula dalam darah

- Tryptophan
Diperlukan untuk sintesis neurotransmitter serotonin. Ini membantu meringankan migrain dan kemurungan. (Makanan sumber triptofan)

- Valine
Penting untuk pembinaan otot.
Kesan sampingan kandungan valine dalam tubuh termasuk halusinasi.
kelebihan valine pertumbuhan normal, memperbaiki rangkaian, mengatur kandungan gula darah, dan memberikan tenaga kepada tubuh.
Valin membantu merangsang sistem saraf pusat, dan diperlukan untuk fungsi mental yang normal

Semua asid amino melaksanakan fungsi penting dalam badan. Ia bekerja lebih baik apabila anda mengambil semua jenis asid amino, jadi ia adalah penting untuk mendapatkan pelbagai protein dalam diet anda. Protein dalam makanan yang mengandungi semua asid amino dipanggil protein lengkap.

Asid amino tidak perlu bermakna badan boleh hasilkannya kan, yang perlu bermakna badan tak boleh hasilkannya.. Jadi dari mana kita nak dapat sumber asid amino yang perlu ni? Shaklee kan ada! Kesemua asid amino perlu lengkap dalam satu hidangan!




Risau nak makan soya? Jangan risau, soya Shaklee SELAMAT dan BERKESAN! Jom baca 7 sebab soya Shaklee terbaik

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Mealshakes HARGA RUNTUH!!

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Pasti bulan ni ramai para ibu yang tersenyummmmm jer...sebab apa?? Sebab bulan ni ada PROMO Meal Shakes.

Selalu mama spend duit beli vitamin utk mama lebih cantik, mama lebih langsing...bulan ni apa salahnya spend sikit utk si comel...kan..kan....

Tambah-tambah lagi jika...
Anak susah nak makan?Anak tak nak makan sayur?Anak selalu demam dan selesema?Anak terlampau kurus?
Anak kerap sembelit?

Eh, produk ni bukan untuk kanak-kanak sahaja tau. Orang dewasa pun boleh. 
 Ibu hamil yang tiada selera makan, morning sickness yang teruk.
 Ibu menyusu yang ada kekangan budget untuk mendapatkan Energizing Soy Protein [ESP].
 Ibu bapa yang telah berumur yang tidak makan secara sihat dan tidak suka makan vitamin berbentuk pil.
 Kanak-kanak dan remaja yang sedang meningkat dewasa.
 Sesiapa sahaja yang selalu tidak sempat untuk minum pagi-secawan Meal-Shake sudah cukup untuk anda.
Meal shakes ni bukan pengganti susu formula untuk anak-anak ya. Ia adalah multivitamin yang dilengkapi protein dan fiber untuk memenuhi nutrient kita. Sehari ambil sedikit sahaja untuk dibancuh bersama susu anak-anak atau bersama susu segar.

Rasa French Vanilla yang sangat enak macam aiskrim vanilla. Nak buat jadi aiskrim pun boleh. Jom dapatkan sekarang! Harga? PM lah dulu :)

promo meal shakes, kanak-kanak sembelit, anak kurang selera makan


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Sunday, June 9, 2013

Tanda-tanda anda kekurangan protein

Walaupun Malaysia ni ada macam-macam jenis makanan yang ada sumber protein, masih ada lagi orang yang mengalami masalah kekurangan protein. Faktor sama ada diet yang melampau, kurang pengetahuan mengenai nutrisi dan faktor kemiskinan juga boleh menyumbang kepada masalah kekurang protein ni.

Jangan buat main pasal protein ni.. kekurangan protein boleh menyebabkan batu karang, arthritis, kemerosotan otot, dan juga masalah jantung.

Jom tengok apa tanda-tanda anda kekurangan protein ni.

♥ Edema (bengkak badan)

Edema ialah pengumpulan cecair di bawah lapisan kulit. Selalunya terjadi di bahagian kaki dan buku lali, tetapi edema boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Protein amat penting untuk mengimbangkan air dalam badan anda.


Penurunan berat badan
Ooppsss.. jangan seronok dulu.. ini bukan weight loss yang sihat ya. Penurunan berat badan terlampau juga salah satu faktor kekurangan protein dalam badan. Sebab walaupun kita tak ambil protein, badan tetap perlukan protein untuk berfungsi, so dari mana datangnya protein? Dari otot kita! Bahaya ni.. Sebab tu dalam set Slim Shaklee ada ESP, untuk bina balik otot-otot kita!

Rambut menipis atau kasar
Rambut gugur terlampau teruk atau terlampau kasar juga disebabkan oleh kekurangan protein. Rambut kita terdiri daripada protein, jadi bila kita kurang protein, macam mana rambut nak tumbuh dengan sihat dan berkilat kan? Sebab tu bila ada customer yang konsisten amalkan ESP, dia boleh nampak rambut dia makin lebat, berkilat, tak bercabang gitu~



♥ Rabung pada kuku
Garis-garis halus yang kita boleh nampak pada kuku tu maksudnya dah kronik dah tahap kekurangan protein kita ni, kuku pun macam rambut juga, perlukan protein untuk tumbuh sihat.Cer cek kuku anda.. kalau tade Alhamdulillah~



Pucat
Kulit yang pucat dan cepat 'sunburn' ni selalunya disebabkan kurang zat besi dan protein. Tetapi selalunya, makanan yang kaya dengan zat besi juga mengandungi protein, sebabnya, badan perlukan protein untuk menggunakan zat besi dengan lebih efektif. Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan anemia.

Ruam kulit
Kulit berkuping pun tanda-tanda anda kurang protein. Bila kulit dah jadi macam kelemumur maknanya kekurangan protein anda memang tahap kronik dah, badan dah tak cukup protein terpaksa lah sedut dari sumber yang ada kan.

Keletihan dan kelesuan
Keletihan dan kelesuan juga antara tanda-tanda anda kekurangan protein. Dah badan anda terpaksa sedut sumber protein dari otot-otot, rambut, kuku dan kulit, jadi apa aja yang tinggal? Sebab tu anda cepat rasa letih dan penat

Luka lambat sembuh
Ini pun salah satu tanda kekurangan protein, bukan bermakna anda ada kencing manis ya (tapi kalau lama sangat luka tak sembuh lebih baik g cek doktor). Asid amino adalah penting dalam proses penyembuhan luka. Bila badan kita luka, tisu-tisu badan ni guna asid amino untuk membaiki bahagian yang luka, jadi, kurang protein lambatlah proses penyembuhan.

Susah tidur
Amboi susah tidur pun sebab kurang protein ke? Jadi orang-orang yang letak kepala terus tidur ni terlebey protein ke? Wallahualam tanya tuan badan la hehe masalah susah tidur ni sebab satu hormon yang dipanggil serotonin itu kurang, yang mana disebabkan oleh kurang sesuatu jenis asid amino. Asid amino ni pula dihasilkan apabila protein dicernakan, jadi pemakanan yang kurang protein ni boleh menyebabkan anda susah tidur. 

Sakit kepala
Sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, terrrmasuklah kekurangan protein. Macam mana protein boleh effect sakit-sakit kepala ni?
   ♦ kurang protein boleh sebabkan kekurangan darah = sakit kepala
   ♦ menyebabkan paras gula turun = sakit kepala

Pengsan
Pengsan pun boleh disebabkan oleh kekurangan protein. Sebabnya paras gula yang rendah dalam badan, atau badan terpaksa cernakan tisu-tisu otot untuk dapatkan protein yang diperlukan.

Bukan semua tanda-tanda kekurangan protein dalam bentuk fizikal ya. Ada juga yang dalam bentuk emosi, atau mental, termasuklah:

* mudah tersinggung, murung
* tekanan melampau
* kebimbangan
* kurang bertenaga

Jadi jom tingkatkan pengambilan protein kita sekarang! Cara paling senang? ESP & Mealshakes lah!


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Apa itu Indeks Glisemik?

Tahukah Anda??
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pulak memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Selalu kita dengar pasal indeks glisemik ni, dalam produk Shaklee, terutamanya ESP, selalu di war-warkan rendah indeks glisemiknya sampaikan orang kencing manis pun boleh makan. Tapi apa itu indeks glisemik? Meh kita refer pakcik Wikipedia untuk definasi indeks glisemik ni.
Glycemic index
The glycemic index, or glycaemic index, (GI) provides a measure of how quickly blood sugar levels (i.e., levels of glucose in the blood) rise after eating a particular type of food. The effects that different foods have on blood sugar levels vary considerably. The glycemic index estimates how much each gram of available carbohydrate (total carbohydrate minus fiber) in a food raises a person's blood glucose level following consumption of the food, relative to consumption of pure glucose.[1] Glucose has a glycemic index of 100.
A practical limitation of the glycemic index is that it does not take into account the amount of carbohydrate actually consumed. A related measure, the glycemic load, factors this in by multiplying the glycemic index of the food in question by the carbohydrate content of the actual serving.
oo.. bahasa pasarnya, indeks glisemik ni mempengaruhi kadar gula dalam badan ye? Kalau G.I tinggi tak elok, lebih rendah lebih elok? Mohon betulkan kalau saya salah.. Habis tu macam mana nak tau makanan mana yang rendah atau tinggi G.I nya?

Jom kita refer jadual G.I.

G.I tinggi - 70 keatas
G.I sederhana - 56 - 69
G.I rendah 55 kebawah


Patutlah pesakit diabetes tak digalakkan makan nasi banyak-banyak.. G.I tinggi juga huhu jom cekidaut G.I makanan lain.

G.I dalam makanan

So.. ESP Shaklee G.I nya cuma 39! Memang terbaiklah! Mealshakes pun 44 je G.Inya!

Jom mulakan dari sekarang gaya hidup sihat. Kurangkan gula dalam makanan..jangan menyesal kemudian hari..


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Saturday, June 8, 2013

Manfaat ESP

Fakta ringkas ESP:

- Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.
- Memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
- Mengandungi 14 gram protein soya BUKAN GMO berkualiti tinggi
- Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
- Tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
- Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
- Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
- Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sesuai untuk penghidap kencing manis.
- Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.



Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:


Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya



SIAPA YG PERLUKAN ESP?

#Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonus for weight management)

#Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)

#Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil

#Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat

#Wanita: Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut)


ESP juga sesuai untuk seisi keluarga anda seperti:


1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat



Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

7 sebab ESP Shaklee terbaik

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik 
Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan sepanjang proses pembesaran soybeans ni.

  • Soybean tu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)
Kenapa soy protein mestilah non-genetic engineered? sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah untuk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.

  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu 
Ni ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzim. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dengan alkohol
Alcohol tu haram yelah satu hal gak. Tapi kalau dicuci dgn alkohol, ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone up to 88%! Sedangkan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko kanser paru-paru. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang

  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan 
Soya yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. Sedangkan kalau kekurangan bahan-bahan ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome

Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan
Amino acids sangat sensitive dengan suhu yg panas. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur kalsium.. kenapa?
Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yg demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium. Tapi dalam ESP ada! 

Jadi, tuan puan semua, buanglah persepsi yang soya tu tak bagus, soya biasa mungkin. Soya Shaklee dihasilkan dalam persekitaran yang bersih dan selamat! 

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Apa itu protein?

Apa itu protein?

Protein berasal dari bahasa Yunani 'proteios' yang bererti pertama atau utama. Protein merupakan makromolekul yang menyusun lebih dari separuh bagian dari sel. Protein menentukan ukuran dan struktur sel, komponen utama dari sistem komunikasi antara sel serta sebagai katalis berbagai reaksi biokimia di dalam sel. Kerana itulah sebahagian besar aktiviti penelitian biokimia tertuju pada protein khususnya hormon, antibodi dan enzim.

Semua jenis protein terdiri dari rangkaian dan kombinasi dari 20 asid amino. Setiap jenis protein mempunyai jumlah dan urutan asid amino yang khas. Di dalam sel, protein terdapat baik pada membran plasma maupun membran internal yang menyusun organel sel seperti mitokondria, retikulum endoplasma, nukleus dan badan golgi dengan fungsi yang berbeza bergantung pada tempatnya. 

Protein - protein yang terlibat dalam reaksi biokimiawi sebagian besar berupa enzim banyak terdapat di dalam sitoplasma dan sebagian terdapat pada kompartemen dari organel sel. Protein merupakan kelompok biomakromolekul yang sangat heterogen. Ketika berada di luar makhluk hidup atau sel, protein sangat tidak stabil. Untuk mempertahankan fungsinya, setiap jenis protein memerlukan kondisi tertentu ketika diekstrak dari normal biological milieu. Protein yang diekstrak perlu dihindarkan dari proteolisis atau dipertahankan aktiviti enzimatiknya.

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya

Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Perbezaan ESP Shaklee dengan yang lain.

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

♥ Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

♥ Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi

Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan 14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.





Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Pek kombo puasa : Mealshakes & ESP

Habis idea nak makan apa waktu sahur?
Sorang-sorang nak ganti puasa malas nak masak untuk sahur?
Bosan nak makan nasi tapi takut tengahari dah lapar?
Anak-anak baru nak belajar puasa?
Mengandung dan mahu bertenaga semasa puasa?

Jom cuba set kombo puasa ni. Mudah dan ringkas!
Kenyang lebih lama! Bertenaga sepanjang hari!

Sementara stok masih ada jom dapatkan PROMO HARGA RUNTUH!! Stok di cawangan dah berapa kali restock dah. Jangan tunggu last minit nanti gigit jari!!



Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Asal-usul Shaklee


Asyik cerita pasal vitamin je.. Jom baca sejarah pengasas Shaklee pula!
Dr. Forrest C. Shaklee was born in November 1894. He was born with tuberculosis and doctors all agreed he was not likely to survive. His parent’s faith in things natural led them to move north where fertile soil produced quality nutritional substances. They put aside medications in place of the family’s food from the farm garden.
Dr. Shaklee said his health improvement was not a miraculous cure, as some people said, he said it was slow but it was sure. At the earliest possible age he was made to understand that wellness has everything to do with good nutrition, a healthy environment and exercise.
When Dr. Shaklee was asked why he decided to study chiropractic medicine instead of becoming a medical doctor he said, “I never belittle the medical profession but we are in two separate fields of endeavor. They are trained to treat disease and I’m interested in building health.”
Dr. Shaklee opened his first practice in Rockwell City, Iowa in 1915. He spoke to his patients about their diets, which was unusual for the time, and devised detailed nutrition diaries to monitor patient’s progress.

Dr Shaklee’s first product in 1915 was called “Vitalized Minerals” in which he isolated natural compounds from vegetables for their mineral values. He was joined in the same year and kept contact with the young Polish biochemist, Casimir Funk, who called his compounds “vitamins”
This was the first use of the word vitamins.

Dr. Shaklee was a chiropractor who went through school with his friend, B. J. Palmer, the father of chiropractic care. Dr. Shaklee also held degrees in nutrition, biochemistry, philosophy and divinity.

In 1924, Dr Shaklee built a complete health care center with a staff of chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons.
For the first time Dr. Shaklee’s formulations for food supplements were packaged and dispensed.

In 1928, he developed a sensible diet regimen he recommended to all his patients. This diet was similar to the Food Guide pyramid currently recommended by the United States Department of Agriculture, with emphasis on grains, fruits and vegetables and a minimum of fats and sugar.

In January 1929 he was ordained a minister and in 1933, he officially received his doctor of divinity degree. His deep concern for the spiritual part of life eventually took shape as the Shaklee philosophy.

He practiced chiropractic until he was 65 years old. Then he launched the Shaklee Corporation to market the products he spent his lifetime developing. His dream was to share the products and better health with the world.

Dr Forrest C. Shaklee, Sr. and his two sons, Forrest, Jr. and Raleigh launch the Shaklee Products company in 1956.

Sumber 

Best kan kisah hidup Dr. Shaklee ni? Dari didiagnosis tak boleh hidup lama, sembuh, sampai boleh tolong berjuta-juta orang lagi!

“I never belittle the medical profession but we are in two separate fields of endeavor. They are trained to treat disease and I’m interested in building health.” - Dr. Shaklee

Orang melayu kata apa? Mencegah lebih baik dari merawat kan? Jom cegah dari sekarang!


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

Wednesday, June 5, 2013

Meal Shakes

Meal shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbulmin (sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Meal shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan
♥ bayi
♥ pelajar
♥ kanak-kanak membesar
♥ ibu mengandung
♥ para atlet
♥ pengamal sayuran (vegetarian)
♥ orang sakit
♥ orang yang sibuk bekerja
♥ orang yang selalu mengambil makanan segera

Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal shakes Shaklee merupakan pilihan bijak!

Manfaat utama:
  • Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa) membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  • Anti-oksida - mengandungi vitamin A, C, E zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
  • Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik
  • Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan rasanya - minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral, dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.
Nota: Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur/ dikisar bersama buah-buahan, Shaklee Energizing Soy Protein, atau apa jenis minuman kegemaran. Lazat dinikmati dalam air sejuk mahupun panas.

Hanya campurkan 2 sudu besar Meal shakes bersama Energizing Soy Protein dan Performance (perut kosong) atau diminum begitu saja tanpa campuran.

 
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...