Sunday, June 9, 2013

Tanda-tanda anda kekurangan protein

Walaupun Malaysia ni ada macam-macam jenis makanan yang ada sumber protein, masih ada lagi orang yang mengalami masalah kekurangan protein. Faktor sama ada diet yang melampau, kurang pengetahuan mengenai nutrisi dan faktor kemiskinan juga boleh menyumbang kepada masalah kekurang protein ni.

Jangan buat main pasal protein ni.. kekurangan protein boleh menyebabkan batu karang, arthritis, kemerosotan otot, dan juga masalah jantung.

Jom tengok apa tanda-tanda anda kekurangan protein ni.

♥ Edema (bengkak badan)

Edema ialah pengumpulan cecair di bawah lapisan kulit. Selalunya terjadi di bahagian kaki dan buku lali, tetapi edema boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Protein amat penting untuk mengimbangkan air dalam badan anda.


Penurunan berat badan
Ooppsss.. jangan seronok dulu.. ini bukan weight loss yang sihat ya. Penurunan berat badan terlampau juga salah satu faktor kekurangan protein dalam badan. Sebab walaupun kita tak ambil protein, badan tetap perlukan protein untuk berfungsi, so dari mana datangnya protein? Dari otot kita! Bahaya ni.. Sebab tu dalam set Slim Shaklee ada ESP, untuk bina balik otot-otot kita!

Rambut menipis atau kasar
Rambut gugur terlampau teruk atau terlampau kasar juga disebabkan oleh kekurangan protein. Rambut kita terdiri daripada protein, jadi bila kita kurang protein, macam mana rambut nak tumbuh dengan sihat dan berkilat kan? Sebab tu bila ada customer yang konsisten amalkan ESP, dia boleh nampak rambut dia makin lebat, berkilat, tak bercabang gitu~



♥ Rabung pada kuku
Garis-garis halus yang kita boleh nampak pada kuku tu maksudnya dah kronik dah tahap kekurangan protein kita ni, kuku pun macam rambut juga, perlukan protein untuk tumbuh sihat.Cer cek kuku anda.. kalau tade Alhamdulillah~



Pucat
Kulit yang pucat dan cepat 'sunburn' ni selalunya disebabkan kurang zat besi dan protein. Tetapi selalunya, makanan yang kaya dengan zat besi juga mengandungi protein, sebabnya, badan perlukan protein untuk menggunakan zat besi dengan lebih efektif. Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan anemia.

Ruam kulit
Kulit berkuping pun tanda-tanda anda kurang protein. Bila kulit dah jadi macam kelemumur maknanya kekurangan protein anda memang tahap kronik dah, badan dah tak cukup protein terpaksa lah sedut dari sumber yang ada kan.

Keletihan dan kelesuan
Keletihan dan kelesuan juga antara tanda-tanda anda kekurangan protein. Dah badan anda terpaksa sedut sumber protein dari otot-otot, rambut, kuku dan kulit, jadi apa aja yang tinggal? Sebab tu anda cepat rasa letih dan penat

Luka lambat sembuh
Ini pun salah satu tanda kekurangan protein, bukan bermakna anda ada kencing manis ya (tapi kalau lama sangat luka tak sembuh lebih baik g cek doktor). Asid amino adalah penting dalam proses penyembuhan luka. Bila badan kita luka, tisu-tisu badan ni guna asid amino untuk membaiki bahagian yang luka, jadi, kurang protein lambatlah proses penyembuhan.

Susah tidur
Amboi susah tidur pun sebab kurang protein ke? Jadi orang-orang yang letak kepala terus tidur ni terlebey protein ke? Wallahualam tanya tuan badan la hehe masalah susah tidur ni sebab satu hormon yang dipanggil serotonin itu kurang, yang mana disebabkan oleh kurang sesuatu jenis asid amino. Asid amino ni pula dihasilkan apabila protein dicernakan, jadi pemakanan yang kurang protein ni boleh menyebabkan anda susah tidur. 

Sakit kepala
Sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, terrrmasuklah kekurangan protein. Macam mana protein boleh effect sakit-sakit kepala ni?
   ♦ kurang protein boleh sebabkan kekurangan darah = sakit kepala
   ♦ menyebabkan paras gula turun = sakit kepala

Pengsan
Pengsan pun boleh disebabkan oleh kekurangan protein. Sebabnya paras gula yang rendah dalam badan, atau badan terpaksa cernakan tisu-tisu otot untuk dapatkan protein yang diperlukan.

Bukan semua tanda-tanda kekurangan protein dalam bentuk fizikal ya. Ada juga yang dalam bentuk emosi, atau mental, termasuklah:

* mudah tersinggung, murung
* tekanan melampau
* kebimbangan
* kurang bertenaga

Jadi jom tingkatkan pengambilan protein kita sekarang! Cara paling senang? ESP & Mealshakes lah!


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...