Monday, July 8, 2013

10 Tanda-tanda Ovulasi

Secara umumnya ovulasi bermakna telur yang matang dilepaskan dari salah satu ovari ke dalam rahim. Setiap bulan, telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Dari situ bermulalah fasa luteal yang mana telur akan bersedia untuk disenyawakan oleh sperma.



Apabila seorang wanita sedang berovulasi, terdapat beberapa tanda-tanda fizikal yang disebabkan oleh perubahan hormon. Jika anda memberi perhatian kepada tubuh anda, anda boleh mengetahui waktu mana yang paling subur dan hampir dengan ovulasi. Baca selanjutnya untuk mengetahui 10 tanda-tanda ovulasi.

1. Lendir Servik Seakan-akan putih telur

Tubuh seseorang wanita yang sedang bersedia untuk berovulasi akan menghasilkan lendir serviks yang ideal untuk mengangkut sperma. Sebelum ovulasi, lendir ini melekit dan tebal. Lendir pada fasa ini tidak sesuai dengan sperma kerana sperma akan terlekat dalam lendir ini dan tidak boleh sampai ke telur. Lendir yang nipis, elastik, dan seakan-akan putih telur adalah ideal kerana ia membantu sperma berenang hingga ke telur.




2. Rasa 'basah'

Apabila ovulasi semakin hampir, lendir servik bukan sahaja nipis dan elastik, ia juga bertambah banyak. Seseorang wanita yang subur akan terasa 'basah' sepanjang hari.

3. Rasa sengal / nyeri pada payudara

Selepas ovulasi, tahap progesterone akan meningkat. ( jika anda mencatat carta kesuburan, anda boleh lihat suhu badan meningkat sedikit selepas ovulasi). Mungkin disebabkan peningkatan prostegerone inilah yang menyebabkan rasa sengal pada payudara sewaktu ovulasi. Sesetengah wanita akan perasan rasa sengal ini lebih kurang dengan tanda-tanda PMS.

4. Posisi serviks yang tinggi, lembut dan terbuka

Posisi servik juga boleh menunjukkan sama ada anda sedang subur atau tidak. Selepas haid, serviks lebih rendah, keras dan tertutup. Apabila semakin hampir ovulasi, posisi serviks akan bergerak lebih tinggi dan terasa lebih lembut.
Untuk memeriksa keadaan serviks, pastikan tangan dicuci bersih, kemudian duduk dalam keadaan mencangkung. Masukkan jari kedalam faraj dan cari ketulan. Serviks lebih senang dicari selepas haid kerana posisinya yang lebih rendah.



Keadaan serviks

5. Peningkatan libido

Kajian mendapati kebanyakan wanita lebih mudah berahi sewaktu ovulasi. (apabila hormon luteal meningkat)

6. Tompokan darah

Tiba-tiba ada tompokan darah walaupun sudah habis haid? Ada sesetengah yang menganggap bahawa darah ini ialah lebihan dari darah haid sebelumnya, tetapi jika ia berlaku sewaktu anda ovulasi, kemungkinan besar ini ialah 'ovulation spotting'. Tompokan ini kadangkala terjadi apabila telur pecah melalui folikel semasa ovulasi. Ia juga boleh berlaku sejurus sebelum atau selepas ovulasi akibat perubahan hormon.

7. Senak atau sakit di sebelah bahagian perut

Kira-kira 20% wanita rasa sakit ketika ovulasi. Sakit ini dikenali sebagai 'mittelschmerz', berlaku akibat telur yang pecah tembus melalui folikel semasa ovulasi. Rasa senak juga boleh berlaku ketika tiub falipio mengembang dan mengecut untuk menolak telur turun ke rahim. Selalunya sakit ini hanya boleh dirasakan pada sebelah bahagian sahaja. Keadaan ini boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas ovulasi. Anda mungkin tidak boleh menentukan dengan tepat ovulasi berdasarkan rasa sakit sahaja, tetapi ia boleh menandakan bahawa ovulasi semakin hampir.

8. Kembung

Terasa baju tiba-tiba ketat? atau rasa kembung dan berangin semacam? Ia mungkin disebabkan ovulasi. Perubahan hormon semasa ovulasi mungkin penyebab kembung ini.

9. Loya dan pening lalat

Ramai wanita terasa loya dan pening sejurus sebelum haid bermula. Kadang kala disalah erti sebagai 'morning sickness'. Ini disebabkan hormon yang sama yang menyebabkan 'morning sickness' semasa kehamilan dan simptom PMS lain.

10. Sakit kepala atau migrain

Seramai 20% wanita mengalami migrain semasa haid. Jika anda sering sakit kepala atau migrain semasa haid, kemungkinan besar anda akan rasa sakit kepala sewaktu ovulasi. Saintis mempercayai bahawa hormon yang menyebabkan sakit kepala di kalangan wanita-wanita ini.



Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

8 comments:

  1. Maksudnye kalau ada tompokan darah tu mmg takde persenyawaan la ye?sy mengalami mostly tanda di atas setiap bulan...xboleh pregnant ke?

    ReplyDelete
  2. sy dh sminggu habis period...tpi lepas 3 hri ade mcm spoting/flet yg keluar...tp cair x bnyk slme 8 hri....
    slpas 8 hri sy loya & muntah....
    adakah selepas period boleh mnyebabkn pregnant...?

    ReplyDelete
  3. sy dh sminggu habis period...tpi lepas 3 hri ade mcm spoting/flet yg keluar...tp cair x bnyk slme 8 hri....
    slpas 8 hri sy loya & muntah....
    adakah selepas period boleh mnyebabkn pregnant...?

    ReplyDelete
  4. 90% tanda tu saya dah alami sejak amalkan Gla Shaklee... dulu tak de...

    ReplyDelete
  5. Sy pun bile lepas amalkan GLA shaklee mmengalami tanda2 sedemikian.. Sekaranv pad da 4 hari kosong. Tpi trase sakit kepala dan loya..
    Mohon penjelasan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Sya slalu sakit sblah pgang kiri..waktu ksuburan..apakah itu tanda tanda kesuburan???apakah ia tidak boleh hasilkan zuriat?

    ReplyDelete
  7. Sama..saya pun alami almost banyak tanda2 tu especially dada membengkak & puting rasa perit lepas ambil GLA shaklee. Perut dekat ari-ari pun selalu sakit. Adakah itu tanda saya subur?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...