Wednesday, July 17, 2013

18 Petanda Awal Kehamilan (Part 1: 1-9)

Cara tentukan waktu subur dah cerita, tanda-tanda ovulasi pun dah, bila dah kenalpasti hari yang subur kan senang nak merancang? hehe hari ni jom baca tanda-tanda awal kehamilan sebelum period tiba~ kalau dah terlepas period memang kemungkinan besar mengandung la kan? InsyaAllah.. :D

Ada 18 tanda semuanya, tapi saya pecahkan kepada dua artikel ya.. nanti boring pula baca panjang-panjang hehe ok tanda-tanda 1-9 antaranya:

1. Kekejangan

Ramai wanita berfikir bahawa kekejangan adalah tanda bahawa haid anda bakal tiba tetapi ia sebenarnya salah satu tanda awal kehamilan. Sewaktu embrio sedang mengimplan ke dalam rahim anda, anda mungkin terasa kekejangan. Ia dengan mudah boleh disalah anggap sebagai PMS atau senggugut

2. Payudara rasa sengal atau nyeri

Sesetengah wanita mendapati payudara apabila mereka rasa sengal apabila mereka sedang berovulasi dan sewaktu haid. Payudara yang sengal juga merupakan tanda awal kehamilan. Apabila anda hamil, badan anda menghasilkan tahap estrogen dan progesteron yang lebih tinggi. Hormon-hormon ini adalah hormon yang sama yang menyebabkan payudara sengal walaupun anda tidak hamil, tetapi di awal kehamilan, perubahan hormon adalah lebih kuat berbanding semasa haid. Perubahan hormon pada awal kehamilan menyebabkan aliran darah ke payudara anda meningkat dan boleh membuat payudara berasa lebih sensitif dan bengkak.

3. Keletihan


Pernah tertidur semasa cerita kegemaran sedang bersiaran? Atau secara tiba-tiba terasa nak sangat tidur sekejap waktu petang? Haaa.. Keletihan adalah salah satu daripada petanda kehamilan! Tahap progesteron yang meningkat boleh membuat anda merasa letih. Sesetengah wanita akan terasa letih seawal seminggu selepas ovulasi. Selepas ovulasi tahap progesteron anda tetap meningkat tidak kira sama ada anda hamil atau tidak, tetapi jika anda tidak hamil tahap progesteron anda akan jatuh kembali dan memberi isyarat bahawa kitaran haid yang seterusnya akan bermula. Jika anda mula berasa letih selepas ovulasi dan keletihan ini menjadi lebih teruk, ia boleh menjadi tanda awal kehamilan.


4. Loya

Loya boleh menjadi tanda-tanda awal kehamilan. Sesetengah wanita akan mula berasa mual beberapa hari sebelum tarikh sepatutnya datang haid. Tetapi kebanyakan wanita tidak berasa loya sehinggalah kira-kira pada minggu ke-enam kehamilan walaupun ada sesetengah yang berasa mual lebih awal.


5. Kembung

Kembung adalah satu lagi tanda-tanda awal kehamilan. Ia mungkin sukar untuk membezakan antara kembung premenstrual dan kembung mengandung kerana PMS dan gejala kehamilan amat serupa. Walau bagaimanapun, gejala kehamilan adalah sering lebih teruk daripada PMS biasa. Kembung, seperti tanda-tanda lain di awal kehamilan adalah disebabkan oleh perubahan hormon. Apabila progesteron dan tahap estrogen meningkat, lapisan rahim menebal membuat anda berasa lebih kembung. Perubahan hormon juga menyebabkan sistem pencernaan anda bergerak lebih lambat dan ini boleh menyebabkan kembung juga.


6. Sembelit atau cirit-birit

Perubahan hormon pada awal kehamilan boleh menyebabkan sistem pencernaan anda menjadi lambat dan boleh menyebabkan sembelit. Vitamin prenatal boleh memburukkan keadaan ini kerana zat besi yang terkandung di dalamnya juga menyebabkan sembelit. Untuk merawat masalah ini anda perlu tingkatkan pengambilan fiber dan minum lebih banyak air. Walaubagaimanapun, ada pula sesetengah wanita mengalami masalah cirit-birit. 


7. Sakit Kepala 


Bukan semua wanita mempunyai masalah sakit kepala semasa mengandung, tetapi bagi sesetengah ini adalah petanda kehamilan. Sakit kepala semasa awal kehamilan dianggap disebabkan oleh perubahan hormon serta perubahan dalam jumlah darah wanita. Peningkatan mendadak dalam estrogen dan progesteron mungkin mencetuskan sakit kepala bagi sesetengah wanita. Sakit kepala migrain, yang merupakan sejenis sakit kepala vaskular, mungkin hasil daripada peningkatan aliran darah seorang wanita semasa mengandung.


8. Sakit belakang 
Kekejangan sewaktu implantasi, kembung dan sembelit semua boleh menyebabkan sakit belakang semasa awal kehamilan. Bagi sesetengah wanita sakit belakang juga merupakan gejala prahaid. Rahim yang mengembang dan mengecut boleh menyebabkan kekejangan, lenguh-lenguh dan sakit-sakit. Posisi tidur yang tidak betul juga boleh menyumbang kepada sakit belakang semasa awal kehamilan.

9. Tompokan darah

Sesetengah wanita berfikir bahawa tompokan darah sewaktu implantasi adalah petanda biasa awal kehamilan, tetapi sebenarnya hanya kira-kira 20-25 peratus wanita akan ada beberapa jenis pendarahan semasa mengandung. Tompokan darah semasa implantasi boleh menjadi tanda awal kehamilan. Biasanya, pendarahan implantasi adalah ringan dan berwarna coklat atau merah jambu. Tompokan darah ini selalunya terjadi 7-9 hari selepas ovulasi (jika anda tahu waktu ovulasi).

(to be continued..)

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...