10. Peningkatan suhu badan
Untuk mengetahui sama ada suhu badan anda telah meningkat,
anda perlu membuat catatan suhu badan sebelum ovulasi. Wanita yang
menyimpan carta BBT mungkin dapat mengagak dia hamil hanya dengan
melihat pada suhu pada carta itu. Selepas ovulasi, progesteron
menyebabkan suhu wanita meningkat. Kadang-kadang seorang wanita akan
melihat peningkatan suhu kali kedua selepas 7 hari berovulasi.
Apabila ini berlaku, ia dipanggil carta triphasic. Carta triphasic
boleh menjadi salah satu petunjuk tanda-tanda awal kehamilan.
11. Areolas (puting payudara) lebih gelap
Apabila anda
melihat di cermin anda mungkin perasan bahawa areolas anda sudah bertukar menjadi warna yang lebih gelap. Selalu perubahan tidaklah begitu ketara di peringkat awal kehamilan tetapi bagi sesetengah wanita, warna areolas yang lebih gelap boleh dilihat tidak lama selepas konsepsi.
12. Keputihan
Keputihan seseorang wanita boleh menjadi penanda arah dimana dia didalam kitaran haid beliau dan sama ada dia telah mengandung atau tidak. Biasanya, lendir serviks akan meningkat di sekitar ovulasi. Selepas ovulasi, lendir akan kering sehingga habis kitaran haid pada bulan tersebut.
Apabila seorang wanita mengandung, paras estrogen yang meningkat menyebabkan lebih banyak lendir serviks dikeluarkan. Peningkatan dalam lendir serviks ini juga boleh menjadi tanda awal
kehamilan. Sesetengah wanita menggambarkan lendir serviks di awal kehamilan mereka sebagai berkrim seperti losyen atau berwarna kekuning-kuningan. Walau bagaimanapun, estrogen yang normal biasanya berubah-ubah yang tiada kena mengena dengan kehamilan juga boleh menyebabkan keputihan jadi ini bukanlah petunjuk terbaik kehamilan.
13. Perubahan mood
Umumnya memang diketahui kebanyakan wanita akan berubah menjadi 'moody' sebelum haid bermula. Perubahan mood semasa kehamilan adalah lebih kurang tetapi lebih kepada menangis berbanding marah-marah; walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju. Jika anda rasa terlebih beremosi dan kerap menangis ini mungkin petanda awal kehamilan.
14. Kerap ke bilik air
Kerap membuang air kecil adalah
aduan terbesar di kalangan wanita hamil. Sesetengah wanita tidak
mempunyai masalah dengan ini sehinggalah di akhir kehamilan, tetapi bagi kebanyakan wanita, kekerapan ke tandas adalah satu masalah. Jumlah
darah anda yang meningkat secara mendadak semasa mengandung menyebabkan buah
pinggang anda bekerja lebih keras untuk memproses cecair yang bertambah tersebut dan menyebabkan anda perlu ke bilik air dengan lebih kerap. Di samping
itu, rahim anda yang berkembang dan berkembang memberi tekanan ke atas pundi kencing anda juga menyebabkan anda perlu membuang air
kecil lebih kerap.
15.
Deria bau lebih tajam
Adakah anda perasan bau sampah walaupun ia jauh dari anda?
atau tidak tahan dengan bau ayam yang digoreng?
Ini adalah satu perkara yang wanita mungkin perasan sebelum mereka menyedari
bahawa mereka sedang hamil. Kami tidak pasti apa yang menyebabkan gejala ini
tetapi ia mungkin mempunyai kaitan dengan peningkatan tahap estrogen.
16. Mengelak(tidak suka) sesuatu makanan
Wanita hamil dan mengidam memang tidak dapat dipisahkan. Mengidam adalah gejalan mengandung yang diketahui umum, tetapi tidak
semestinya salah satu petanda di awal kehamilan. Mengidam sebelum haid biasanya ialah salah satu dari simptom PMS. Wanita sering mengidamkan coklat atau gula-gula sebelum haid bermula. Mengelak makanan tertentu, biasanya bukanlah simptom PMS. Jika makanan tertentu
tiba-tiba terasa agak pelik atau minuman pagi anda tidak lagi
rasa menarik, ini boleh menjadi tanda-tanda awal kehamilan.
17. Dahaga melampau
Adakah anda rasa dahaga? Rasa dahaga bukanlah salah
satu daripada petanda hamil yang anda biasa dengar tetapi ia adalah sesuatu ramai wanita yang perlu hadapi semasa mengandung. Mereka mungkin tidak sedar bahawa ia adalah satu petanda awal. Di awal
kehamilan jumlah darah anda meningkat. Ini boleh menyebabkan anda kerap
membuang air kecil tetapi ia juga boleh membuat anda berasa dahaga.
18.
Apa yang perlu dilakukan?
Jika
anda sedang atau telah mengalami simptom-simptom awal kehamilan tetapi haid anda masih belum terlewat, anda mungkin tertanya-tanya bilakah waktu yang sesuai untuk membuat ujian kehamilan.
Tanda-tanda awal, tidak kira berapa
banyak dan bagaimana kuat pun mereka, tidak semestinya bermakna bahawa anda
akan mendapat hasil yang positif - walaupun anda hamil. Ujian kehamilan di pasaran hari ini adalah sangat sensitif, tetapi lebih baik untuk menunggu sehingga haid anda lewat sebelum
membuat ujian, tetapi jika anda teringin sangat untuk membuat ujian anda mungkin boleh
mendapatkan keputusan positif seawal 4 hingga 5 hari sebelum haid, bergantung kepada apa ujian yang anda ambil.
Ya.. 18 tanda-tanda awal hamil.. macammana? rasa macam mengandung dah? kalau masih menunggu takpe.. kita hanya merancang Allah yang bagi rezeki kan. Sambil-sambil tunggu tu jom buat amalan untuk dapat zuriat. InsyaAllah.. :)
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com
No comments:
Post a Comment