Kedatangan bulan Ramadhan selalu disambut dengan meriah oleh umat Islam diseluruh dunia dan setiap muslim akan masing-masing membuat persiapan dan persediaan untuk menyambutnya. Ada yang membuat persediaan dengan membeli berpaket-paket buah kurma, ada yang membeli baju melayu dan kopiah atau pakaian solat untuk dipakai sewaktu terawih dan ada pula yang membuat persiapan dengan mengambil ubat-ubatan bagi membolehkan dirinya berpuasa tanpa didatangi haid seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang perempuan.
Bermacam-macam persiapan yang dilakukan oleh orang ramai ketika menyambut kedatangan Ramadhan seolah-olah ianya sudah menjadi satu budaya dan adat yang disambut setiap tahun berbanding kewajipan agama yang lain seperti solat, sedekah, dakwah dan selainnya. Keagungan bulan Ramadhan memang tidak perlu diceritakan lagi kerana setiap Muslim mengetahui bahawa kedatangan Ramadhan membawa kewajipan puasa yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima.
Bermacam-macam persiapan yang dilakukan oleh orang ramai ketika menyambut kedatangan Ramadhan seolah-olah ianya sudah menjadi satu budaya dan adat yang disambut setiap tahun berbanding kewajipan agama yang lain seperti solat, sedekah, dakwah dan selainnya. Keagungan bulan Ramadhan memang tidak perlu diceritakan lagi kerana setiap Muslim mengetahui bahawa kedatangan Ramadhan membawa kewajipan puasa yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu yang mendapati (di negeri tempat tinggalnya) kehadiran bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan tersebut.” (Al-Baqarah : 185)
Sebenarnya apakah persediaan yang sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beriman menjelang kedatangan bulan Ramadhan ?
Jawapannya terletak dalam firman Allah SWT yang menyebut :
“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang sangat besar.” (Al-Ahzab : 35)
1. Apa yang penting bagi seorang Muslim bukanlah membuat persiapan kebendaan seperti mengubahsuai rumah, membeli kurma dan menyediakan pakaian yang khas untuk menyambut kewajipan puasa Ramadhan tetapi sebaliknya membuat persiapan dalaman yang merupakan asas penting untuk mendapatkan ‘manfaat’ dari kedatangan Ramadhan iaitu supaya manusia beroleh taqwa !
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 183)
2. Persiapan dalaman itu ialah memiliki aqidah yang sahih sebagai seorang muslim kerana tidak guna ibadat seorang yang syirik dan memiliki kekufuran di dalam hatinya sekalipun dia berpuasa kerana Allah SWT menyebut :
“Dan tidaklah doa (ibadah) orang-orang kafir itu melainkan ia hanyalah sia-sia belaka.” (Ar-Radd :14)
3. Mempersiapkan niat adalah antara persiapan seorang muslim yang penting selepas memiliki aqidah dan tauhid yang sahih kerana tidaklah diterima sesuatu amalan itu melainkan dengan niat kerana Allah. Ada orang yang berpuasa kerana mahu menguruskan badan, ada yang berpuasa kerana mahu kesihatan dan hanya orang yang beriman berpuasa kerana mahu mendapatkan keredhaan Allah SWT. Abu Umamah Al-Bahili ra meriwayatkan bahawa nabi salallahualaihiwassalam bersabda :
"Barangsiapa
yang berpuasa sehari dijalan Allah maka Allah akan menjadikan antara
dirinya dan neraka itu ada parit yang menghadang seperti langit dan
bumi." (Riwayat Tirmidzi no. 1624)
4. Mempersiapkan diri dengan ilmu khususnya tentang memahami hukum-hakam dan kaedah berpuasa yang sahih dari Al-Quran dan As-sunnah. Ini kerana puasa bermaksud menahan diri dari melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWt dan perkara yang membatalkan puasa. Justeru adalah menjadi kewajipan mereka yang berpuasa untuk mengetahui larangan-larangan puasa dan pembatalnya. Disebut di dalam hadith riwayat Abu Daud bahawa barangsiapa yang berbuka puasa tanpa uzur atau kerana rukhsoh maka dia tidak akan dapat mengantikan puasanya itu walaupun dia berpuasa sepanjang waktu.
5. Salah satu diantara faedah puasa ialah supaya dapat merasai penderitaan orang yang susah dan mengalami keperitan mereka yang sentiasa lapar dan dahaga. Puasa juga melatih sabar dan kekuatan jiwa oleh itu adalah perlu bagi umat Islam untuk menahan diri dan bersiap sedia untuk bercampur dengan golongan susah, fakir-miskin dan anak yatim serta kemuncaknya ialah dengan mengeluarkan zakat fitrah kepada mereka menjelang akhir Ramadhan dan sebaik kedatangan Syawal.
6. Puasa diwajibkan kepada mereka yang mampu maka hendaklah kaum muslimin menjaga kesihatan dan kekuatan jasmani mereka sepanjang waktu supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Allah menjadikan kewajipan puasa bukanlah dengan tujuan untuk memudharatkan manusia sebaliknya untuk mendekatkan kita kepada Allah dan supaya menambah amalan dan memberikan kekuatan serta melatih kesabaran di dalam hidup.
7. Sebaik-baik puasa seorang Muslim ialah puasa yang meninggalkan perbuatan keji dan mungkar serta maksiat kerana Allah. Ini kerana di dalam hadith riwayat Al-Bukhari ada menyebut bahawa Allah SWT tidak berhajat kepada puasa hambaNya yang menahan makan dan minum (lapar dan dahaga) tetapi melakukan perbuatan keji dan dosa. Oleh itu hendaklah kita melatih diri dan bersiap-siap meninggalkan perbuatan keji dan mungkar sebelum menjejakkan kaki ke dalam bulan Ramadhan agar beroleh rahmat dan keampunan daripada Allah SWT.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan dalam sebuah hadith qudsi bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda:
“Allah
Azzawajalla berfirman bahawa setiap amalan anak Adam adalah dilakukan
untuk diri mereka sendiri kecuali puasa kerana ianya untukKu dan Aku
yang akan memberikan ganjarannya. Demi zat yang jiwa Muhammad berada
ditanganNya, mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih wangi disisi
Allah daripada bau kasturi.” (hadith riwayat Muslim, no.1151.)
Selain dari persediaan dari segi rohani & mental, persediaan FIZIKAL juga penting supaya kita terus bertenaga disepanjang ramadhan..untuk apa?? untuk siapa?? kita perlu bertenaga semasa bulan ramadhan??
Jawapannya UNTUK BERIBADAH KEPADA YANG MAHA ESA. Selain tu, perlu tenaga untuk menjalankan aktiviti harian, tak nak lah lesu je time puasa :)
Jawapannya UNTUK BERIBADAH KEPADA YANG MAHA ESA. Selain tu, perlu tenaga untuk menjalankan aktiviti harian, tak nak lah lesu je time puasa :)
SET MIGHTY 3 GEMS DATANG MEMBANTU ANDA DI BULAN PUASA
Ada apa dalam MIGHTY 3 GEMS
ESP :
♥ Membekalkan tenaga segera yang tahan selama berjam-jam dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama.
♥ Pastinya gastrik juga dapat dielakkan
♥ Mengekalkan paras gula dalam darah yg rendah (penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dlm jangka masa panjang)
Performance Drink :
♥ Mengandungi formulasi istimewa OPTICARB yang membekalkan tenaga dan membantu mencegah penyahhidratan..
♥ Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh.
♥ Rasa oren yanng sangat menyegarkan, mampu memulihkan tenaga anda dengan segera ketika berbuka puasa.
Meal Shakes :
♥ Nutrisi lengkap mengandungi 24 jenis vitamin, mineral A-Z dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral dalam tubuh kita.
♥ Melengkapi 35% nilai harian keperluan nutrisi.
♥ Sesuai juga untuk kanak-kanak yang baru belajar berpuasa.
Sumber artikel: Kami Kamu & Vitamin
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com
No comments:
Post a Comment