Wednesday, July 10, 2013

Cara Tentukan Waktu Subur

Tempoh hari saya dah cerita tanda-tanda ovulasi kan? Ha kali ni saya nak bagi tau cara nak tentukan waktu mana yang paling subur tu, sebab bila dah boleh agak tempoh, senangla nak tengok tanda-tanda dan kemudian merancang pulak kan?

Ok. Setiap bulan anda mempunyai kira-kira 20% peluang untuk hamil (bergantung kepada umur). Lagi meningkat umur, lagi rendah la peluang hamil (rendah je bukan bermakna tak berpeluang langsung okey). Jom ikuti panduan berikut untuk membantu anda mengenal pasti hari-hari subur dan insyaAllah akan membantu anda hamil dengan cepat! 

1. Tentukan purata panjang kitaran haid

Saya dapati ramai yang menganggap kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Kitaran haid yang normal bermakna setiap bulan haid datang secara tetap. Sebenarnya purata kitaran haid yang normal adalah diantara 26-32 hari ya. Jenuhla kalau cycle 30 hari nak paksa jadi 28 hari kan? hehe. 

Ini cara tentukan panjang kitaran haid anda. Tandakan di kalendar hari pertama datang haid  (kalendar poket lebih sesuai). Tunggu hingga haid seterusnya bulan hadapan, tanda hari pertama datang haid juga. Dari situ anda boleh kira dari tarikh haid pertama hingga haid seterusnya. Contoh: Hari pertama haid 24 Mei, haid seterusnya 21 Jun, itu bermakna kitaran haid anda ialah 28 hari. Jika haid bermula 23 Jun, itu bermakna kitaran haid anda 30 hari. Teruskan mencatat kitaran haid anda selama beberapa bulan untuk mengetahui kitaran haid anda.

Personally, saya lebih suka guna web ini http://www.mymonthlycycles.com/. Setiap bulan saya masukkan data dan web ini akan kira purata kitaran saya, waktu ovulasi, dan jangkaan tarikh haid seterusnya!

2. Kenal pasti "fertile window" anda

Anggapan hari subur jatuh pada hari ke 14 sebenarnya adalah tidak tepat. Wanita yang kitaran haidnya tetap 28 hari mungkin subur pada hari ke 14, tetapi tidak bagi wanita yang kitaran haidnya lebih pendek atau panjang. Cara kiraan 14 hari dari tarikh mula haid juga adalah tidak tepat. Sebenarnya anda perlu tolak 14 hari dari jumlah hari kitaran haid. 

Contoh:

Kitaran haid 28 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 14
Kitaran haid 30 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 16
Kitaran haid 32 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 18.

14 hari terakhir dalam kitaran haid dipanggil 'luteal phase'. Menurut babymed.com, fasa luteal harus berlangsung sekurang-kurangnya selama 12 hari untuk memastikan bahawa telur yang disenyawakan mempunyai masa yang cukup untuk implantasi.  Fasa luteal yang kurang dari 12 hari adalah dianggap tidak normal dan perlukan rawatan doktor.

Cara paling mudah menentukan "fertile window" ialah dengan mengunakan kalendar ovulasi. Kalendar ini akan memberi jangkaan tarikh bila waktu anda paling subur. Kaedah ini tidak setepat carta kesuburan atau 'ovulation test kit', tetapi ia boleh memberi anggaran waktu dengan syarat kitaran anda adalah tetap.

3. Perhatikan tanda-tanda subur

Terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin subur termasuk: keinginan libido meningkat, rasa kembung, sakit kepala, peningkatan lendir serviks dan lain-lain. 

4. Gunakan 'basal thermometer'

Jika anda mahu mengetahui dengan tepat waktu ovulasi, cara terbaik ialah dengan menggunakan carta kesuburan. Setiap pagi, sejurus terjaga dari tidur (sebelum bangun dari katil) ambil suhu badan anda. Adalah penting anda mengambil suhu pada waktu yang sama setiap hari.

Teruskan mencatat suhu badan secara konsisten dan anda akan mula perasan satu corak di mana suhu badan anda sebelum ovulasi adalah rendah, tetapi sejurus selepas anda ovulasi suhu badan akan meningkat dan anda akan nampak perubahan ini di dalam carta. Tetapi ianya tidak tepat jika anda mahu mengagak waktu ovulasi, kerana apabila suhu badan berubah itu bermaksud anda telah pun berovulasi. 



5. Gunakan kit ujian ovulasi

Ujian ovulasi direka supaya dapat mengesan hormon yang dikenali sebagai 'luteinizing hormon' (LH). Hormon ini akan meningkat mendadak sejurus sebelum ovulasi. Ovulasi boleh berlaku antara 12 hingga 48 jam selepas ujian ovulasi positif. Jika anda mendapat keputusan yang positif, anda perlu merancang untuk mengadakan hubungan pada hari yang sama dan sehari atau dua hari berikutnya. Terus bersama selagi masih ada lendir serviks yang subur. Apabila lendir sudah kering, sudah pastinya anda sudah berovulasi. Jika pada masa yang sama anda menggunakan carta kesuburan anda boleh lihat suhu anda akan kekal tinggi selepas ovulasi.

Cara guna ujian ovulasi ini sama dengan ujian kehamilan, cuma anda perlu tentukan tempoh kesuburan anda dahulu (guna carta atau guna kiraan haid) dan buat ujian setiap hari dua kali sehari sehingga dapat keputusan positif


contoh ujian ovulasi 
p/s: nak beli ovulation test kit macam ni? contact saya ya :)


6. Tentukan waktu untuk mengadakan hubungan intim

Sebaik sahaja anda boleh mengagak bila anda ovulate, sama ada dengan menggunakan kaedah kalendar atau carta kesuburan, anda boleh menentukan masa yang terbaik untuk melakukan hubungan intim. 

Menurut kajian, peluang terbaik anda untuk hamil berlaku semasa dua hari sebelum ovulasi. Jika ovulasi telah berlaku, peluang untuk hamil agak tipis kerana telur tidak boleh bertahan lama. Inilah sebabnya mengapa bersama beberapa hari sebelum ovulasi memberikan peluang terbaik untuk hamil. Hubungan intim pada hari ovulasi juga membantu, tetapi penyelidik telah mendapati bahawa melakukan hubungan intim dua hari sebelum ovulasi adalah paling tinggi peluang untuk mengandung. 


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Farahiyah
♥ SMS : 019-7763696
♥ Shaklee ID : 916507
♥ FB Page : www.facebook.com/kabinetvitamin
♥ Email : kabinetvitamin@gmail.com

4 comments:

  1. byk info menarik...keep it up dear. suka baca. hihi...

    ReplyDelete
  2. Info terbaik, sangat membantu bagi pasangan yg merancang utk menimang cahaya-mata..keep it up, thanks :)

    ReplyDelete
  3. Mana nak dpt kan kit ovulasi ni ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...